KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa siap siaga menghadapi risiko kebakaran ketika negara menempuh musim kemarau susulan fenomena monsun barat daya ketika ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah bersedia dengan kelengkapan jentera yang berupaya membawa kapasiti air sehingga 20,000 liter bagi memadam kebakaran.
"Kebanyakan kebakaran berlaku ketika ini di kawasan bukan penempatan yang tiada pili bomba, justeru kami juga bersedia dengan modul pam utama yang boleh pam air dengan lebih besar.
"JBPM juga memanfaatkan teknologi bagi mengesan lokasi kebakaran dengan lebih mudah dan cepat iaitu melalui bantuan imej satelit dan dron," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Selamat Pagi Malaysia bertajuk 'Siap siaga hadapi musim kemarau' yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Teleisyen Malaysia 1 (RTM 1), hari ini.
Selain itu Nor Hisham berkata JBPM turut bekerjasama dengan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Pengaliran dan Saliran.
"Apabila berlaku kebakaran, orang ramai akan fikir hanya bomba. Kita lupa bahawa setiap strategi yang dibuat tidak boleh berdiri sendiri dan JBPM perlu kerjasama dengan agensi lain," katanya.
Beliau berkata JBPM turut menggerakkan 345 pasukan bomba sukarela melibatkan 14,000 anggota untuk untuk menjadi mata dan telinga pasukan di lapangan dalam melaporkan kejadian kebakaran dan menasihati orang awam selain memadam kebakaran.
"Selain itu, program Bomba Komuniti turut dilaksanakan dengan lebih 2,400 pasukan di seluruh negara bagi menangani isu kebakaran sampah di kawasan berhampiran bandar, sub-bandar dan di bandar," katanya.
Beliau berkata JBPM memerlukan lebih banyak mata dan telinga dalam kalangan orang awam bagi melaporkan kejadian kebakaran di kawasan setempat dengan segera selain menjadi sumber awal bagi bertindak di lapangan sebelum pihaknya tiba di lokasi kebakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

JBPM turut menggerakkan 345 pasukan bomba sukarela melibatkan 14,000 anggota untuk untuk menjadi mata dan telinga pasukan di lapangan. - Gambar hiasan/ Bernama

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia telah bermula
Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand telah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Perak kenal pasti kos pembinaan terowong air Sungai Perak-Bukit Merah
Terowong berkenaan akan berfungsi untuk menyalurkan air dari Sungai Perak ke kolam berkenaan apabila parasnya mula menyusut.

Kemarau: Bomba siap siaga hadapi risiko kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa siap siaga menghadapi risiko kebakaran ketika negara menempuh musim kemarau susulan fenomena monsun barat daya ketika ini.

JBPM Kelantan kenal pasti kawasan dijangka berlaku kebakaran pada musim kemarau
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri itu.

Serangan belalang di Rusia akibatkan kemusnahan lebih RM54 juta
Keadaan darurat telah diisytiharkan di tujuh bahagian di republic Kalmykia, menurut Kementerian Kecemasan Rusia.

Kerajaan Kedah rangka pelan kontingensi hadapi kemungkinan kemarau berlanjutan - Exco
Datuk Zamri Yusuf berkata persiapan awal perlu dirangka bagi memastikan bekalan air untuk sektor pertanian dapat diteruskan walaupun sumber air semakin terhad.

Selepas amarah api, ribut debu pula menggila di zon kemarau Australia
Kepulan gergasi debu merah yang tebal dilapor menyelubungi pekan-pekan di kawasan pedalaman seperti di Dubbo, New South Wales.

Air di empangan air Selangor mencukupi hadapi musim kemarau
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberi jaminan bekalan air di negeri Selangor mencukupi bagi menghadapi musim kemarau tahun ini.

Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal
Paras air mentah di dua empangan utama di Pulau Pinang kini berada pada paras kritikal ekoran musim kemarau yang melanda.

Musim kemarau jejas pendapatan penoreh getah
Penoreh getah di Kampung Pulai terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan keluarga.