awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Blatter sokong boikot Piala Dunia 2026 di AS susulan tindakan pentadbiran Trump
Patung kuda 'muram' jadi tular menjelang Tahun Baharu Cina
Bank Muamalat raih anugerah global kewangan Islam di London
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KEMAS KINI] Percutian bertukar duka, kanak-kanak kritikal selepas lemas dalam kolam

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2025
09:45 MYT
[KEMAS KINI] Percutian bertukar duka, kanak-kanak kritikal selepas lemas dalam kolam
Pasukan penyelamat cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mangsa dihantar ke hospital. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana di sini pada pagi Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi sebelum tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#tragedi percutian
#Taman Kota Shahbandar
#kanak-kanak hampir lemas
#kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan