awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/11/2023
21:00 MYT
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Anggota bomba mengusung jenazah seorang pekerja binaan yang dibawa keluar dari tapak runtuhan sebuah gudang yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi. - Gambar ihsan JBPM
BAYAN LEPAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang mengesahkan tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala dua parah dan empat lagi masih terperangkap dalam kejadian runtuhan gudang logistik yang masih dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, dua mangsa yang cedera itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang( HPP) dan usaha mengeluarkan empat lagi mangsa sedang giat dijalankan.
Menurut beliau, siasatan awal pihaknya mendapati runtuhan berlaku ketika mangsa sedang bekerja di tingkat bawah bangunan sebelum dihempap 14 rasuk konkrit dari ketinggian 20 Meter.
Katanya, rasuk konkrit sepanjang 12 meter itu jatuh dan terlanggar rasuk yang lain di kawasan seluas gelanggang bola keranjang.
"Setakat ini kita sudah kenal pasti tiga mangsa di mana mereka telah meninggal dunia ,dua orang meninggal dunia ditempat kejadian, satu meninggal di hospital Pulau Pinang ( HPP) manakala dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan sedang di rawat di hospital.
"Maklumat awal kita terima, 18 orang pekerja sedang bekerja di tapak pembinaan tersebut. Bagaimanapun, sembilan daripadanya telah keluar dari kawasan bagi menunaikan solat manakala sembilan orang lagi sedang bekerja di tingkat bawah.
"Satu beam (rasuk) sepanjang 12 meter dengan berat 14 tan jatuh dan telah melanggar beam lain dan menimpa mangsa-mangsa yang sedang bekerja di bawah, kesemua mangsa dipercayai rakyat Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan.
“Ketika ini pihak bomba dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan empat mangsa yang masih terperangkap dengan bantuan kren " kata Mohamed Usuf Jan ketika ditemui hari ini.
-
Beliau turut memaklumkan, pelbagai agensi dengan kekuatan seramai 80 anggota sedang berusaha mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji berkata, pasukan penyelamat menggunakan jentera berat bagi mengalihkan rasuk konkrit bagi mengeluarkan empat lagi mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.
"Kesukaran yang dihadapi ketika ini kerana ia melibatkan struktur- struktur konkrit yang besar, jadi kita memerlukan jentera mesin berat untuk angkat dan membersihkan kawasan supaya ia memudahkan kepada penyelamat kami untuk akses mencari mangsa" kata Zulfahmi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan , sembilan individu dikhuatiri terperangkap selepas bangunan yang dalam pembinaan runtuh di Tapak Pembinaan Bangunan DHL, berhampiran LKIM di sini, malam tadi.
Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir, gudang dan lain- lain lagi.
Topic Berkaitan
#runtuhan gudang
#Tapak Pembinaan Bangunan DHL
#Bayan Lepas
#pekerja binaan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan