awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan ke IPT secara berperingkat satu langkah sistematik - Naib Canselor

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
20:30 MYT
Kemasukan ke IPT secara berperingkat satu langkah sistematik - Naib Canselor
Md Amin menjelaskan kemasukan secara berfasa yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dapat mengelakkan kesesakan di kampus-kampus. - Foto Twitter/@OfficialIIUM
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini merupakan satu langkah yang sistematik dan menyeluruh.
Menurut Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Md Amin Md Taff langkah yang diumumkan bagi memastikan keselamatan pelajar dan tenaga pengajar.
Md Amin menjelaskan kemasukan secara berfasa yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dapat mengelakkan kesesakan di kampus-kampus.
"Kembali secara berfasa, kalau kita perhatikan secara berfasa, bukannya dalam satu tarikh yang sama mengakibatkan kesesakan jalan raya.
"Ini menunjukkan ia merupakan satu langkah yang sistematik, dan seterusnya di IPT masing-masing telah dinyatakan apa langkah-langkah yang perlu dilaksanakan.
"Di pihak kami, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengambil masa tiga atau empat hari untuk menguruskan pendaftaran dan kemasukan pelajar, jadi tidak lah terlalu ramai pelajar dan ibu bapa jadi di universiti pada satu masa atau satu tarikh tertentu," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau menjelaskan, pengumuman pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi pelajar Universiti Awam juga merupakan satu berita yang ditunggu-tunggu pelajar dan ibu bapa.
"Ini menunjukkan keprihatinan pihak KPT terhadap kesan COVID-19 yang melanda masyarakat dan ini juga menunjukkan keprihatinan Keluarga Malaysia yang dinyatakan oleh perdana menteri, kita sentiasa prihatin, kita sentiasa menjaga kebajikan anak-anak mahasiswa," katanya lagi
Pada Selasa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.
Menterinya, Noraini Ahmad berkata, kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke institusi pengajian tinggi (IPT) ini melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi keutamaan kepada pelajar berkeperluan.
Topic Berkaitan
#IPT
#pelajar
#pengajar
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan