KUALA LUMPUR: Isu kekurangan pekerja asing wajar ditangani dengan segera berikutan kemasukan pekerja asing ke Malaysia terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar iaitu RM713,890 bagi 467,223 kuota diluluskan, menurut Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan, namun bagi tempoh sama hanya menyaksikan 76,000 kemasukan tenaga kerja dari 12 negara.
"Angka itu terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar. Justeru, kita mahu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji balik proses pengambilan tenaga kerja asing kerana banyak sektor mempunyai tahap kebergantungan yang sangat tinggi.
"Kita dapati ramai pekerja memohon dan membuat pembayaran, namun yang masuk adalah kurang. Persoalannya, mengapa mereka belum datang lagi? Adakah ia melibatkan masalah negara mereka, atau sebab lain. Perkara ini perlu ditekankan kalau tidak sektor pertanian khususnya kelapa sawit akan terus mengalami masalah kekurangan pekerja," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat media baru-baru ini.
Jelasnya, industri intensif buruh seperti sektor pembuatan, pelancongan, pembinaan dan peruncitan, termasuk sektor elektronik dan pertanian juga dilihat terjejas dengan isu kekurangan tenaga kerja.
Selain isu tenaga kerja, Sulaiman berkata pelaburan, perdagangan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga perlu diberi keutamaan dalam proses pemulihan negara.
Katanya, Malaysia perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan kerana langkah itu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, manakala perdagangan pula bagi memastikan pemulihan ekonomi negara terus dijana kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada perdagangan global.
"Dalam konteks rantaian bekalan yang terjejas, banyak kegiatan eksport telah tergendala (disebabkan pandemik COVID-19). Namun, dalam proses pemulihan ini, saya lihat prestasi Pelabuhan Klang bertambah baik.
"Mereka bersedia dan dapat menarik kargo ke pelabuhan kita. Sektor pelabuhan sangat membantu kita meningkatkan eksport," katanya.
Dari segi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PMKS, Sulaiman berkata golongan berkenaan memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan kerana mereka ialah punca perkembangan pelaburan domestik bagi negara.
"PKS dan PMKS paling teruk terjejas disebabkan pandemik berbanding syarikat multinasional yang boleh bergerak ke negara lain dengan kos pekerja yang lebih rendah.
"Sebab itu, kita kena fokus kepada PKS dan PMKS, kita mahu mereka berkembang kepada syarikat peringkat pertengahan dan seterusnya menyokong syarikat multinasional dan menjadi pemain industri global," katanya.
Beliau berkata kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) adalah kombinasi terbaik untuk memacu ekonomi negara.
"MPC boleh bekerjasama dengan PMKS untuk tingkatkan produktiviti manakala MIDA menggalakkan pelaburan dan Matrade membantu mengembangkan pasaran ke luar negara, ini merupakan kombinasi terbaik untuk memacu ekonomi negara," katanya.
Mengulas mengenai cadangan moratorium khas kepada PMKS, Sulaiman berharap kerajaan yang akan dibentuk dapat melihat isu berkenaan dengan lebih mendalam ekoran PKS ialah komponen kritikal dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Di samping itu, MPN juga turut menitikberatkan isu keselamatan makanan dalam memastikan sumber makanan penduduk di negara ini berada pada tahap optimum.
"Tahun 1970 kita ada rancangan Buku Hijau, program untuk bantu dan kalau boleh untuk jangka panjang, kita kena kurangkan import dari segi makanan, bukan sahaja dari segi perspektif sara diri tapi juga keselamatan makanan," kata Sulaiman.
Oleh itu, Sulaiman menasihatkan kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah pertanian mereka bagi menghasilkan bahan makanan sekali gus mengelak kebergantungan kepada bahan import.
Sementara itu, Sulaiman juga turut mendedahkan MPN telah membuat 95 cadangan keseluruhannya, dengan 86 cadangan telah diluluskan oleh Kabinet manakala sembilan cadangan masih menunggu keputusan Jemaah Menteri.
Daripada jumlah itu, 69 peratus berkaitan isu penting seperti kesihatan, ekonomi dan sosial, manakala 26 peratus mengenai hal pengurusan dan pentadbiran.
"Daripada 69 peratus itu, yang telah selesai dilaksanakan ialah 16 cadangan atau 23 peratus, 30 cadangan atau 43 peratus dalam pelaksanaan dan 14 cadangan atau 20 peratus masih belum dilaksanakan.
"Keseluruhannya, hampir 66 peratus dilaksanakan...kebanyakan cadangan diterima pihak Kabinet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
Industri intensif buruh seperti sektor pembuatan, pelancongan, pembinaan dan peruncitan, termasuk sektor elektronik dan pertanian juga dilihat terjejas dengan isu kekurangan tenaga kerja. - Gambar hiasan
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.