PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengekalkan hukuman denda RM220,000 terhadap Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang ketika itu menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, enam tahun lalu.
Hakim tiga panel diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah, Datuk Azman Abdullah sebulat suara menolak rayuan pakar pergigian itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2020.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Hanipah berkata, mahkamah mendapati rayuan yang dikemukakan oleh Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd selaku perayu adalah tidak bermerit.
“Kami berpendapatan Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf berhubung dapatannya ke atas empat rayuan tersebut, maka sabitan berkenaan adalah selamat.
“Berdasarkan prinsip penghukuman juga mendapati, denda yang dikenakan oleh hakim adalah tidak melampau, oleh itu keputusan serta hukuman mahkamah tinggi dikekalkan, rayuan perayu ditolak,” katanya.
Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir manakala peguam, P Sreekant dan Raja Eileen Soraya Raja Aman mewakili pusat pakar pergigian itu.
Pada 14 Disember 2018, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman denda RM320,000 terhadap perayu selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain yang ketika itu, suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Pada 14 Disember 2018, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM320,000 terhadap pusat pergigian itu iaitu orang kena saman (OKS) selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, OKS sebagai pemegang lesen didakwa telah gagal memastikan Noor Azima Muhamad Nuwi berkelayakan untuk menjalankan prosedur radiologi (ortopantomogram) terhadap Syed Alman Zain dan pusat tersebut sebagai pemegang lesen juga didapati telah gagal menyimpan dan menyenggarakan suatu 'Daftar Kakitangan'.
Pertuduhan ketiga pula, OKS dituduh gagal menyediakan langkah-langkah perlu bagi menyelamatkan nyawa Syed Alman Zain dengan tidak menyediakan oksigen.
Bagi pertuduhan keempat, pusat itu didakwa telah gagal mengemukakan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menerima pemindahan kecemasan pesakit iaitu Syed Alman Zain satu salinan semua rekod perubatan pesakit seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Pertuduhan kelima pula, OKS didakwa telah gagal mengambil langkah yang mencukupi untuk melindungi semua kakitangan profesional jagaan kesihatan dan persekitaran terhadap bahaya biologikal seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 49(5) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di pusat pergigian itu yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, antara jam 6 petang dan 9.05 malam, antara 26 Mei dan 2 Jun 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(4), 39(2), 40(4) dan 117(2)(b)(i) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM30,000 dan RM300,000.
Bagaimanapun, pusat pergigian ini dilepas dan dibebaskan bagi pertuduhan kedua hasil rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2020, sekali gus menyebabkan denda dikurangkan daripada RM320,000 ke RM220,000.
Pada 1 Jun 2016, media melaporkan, Syed Alman Zain meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani pembedahan gigi di sebuah klinik pergigian di Bangsar.
Sepanjang perbicaraan bermula 6 Mac 2017, seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil bagi memberi keterangan.
Pada 5 April lalu 2018, mahkamah memerintahkan pusat itu membela diri atas lima pertuduhan daripada sembilan pertuduhan yang dikenakan.
Mahkamah melepaskan dan membebaskan pusat itu atas empat pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 10 2022

Pada 1 Jun 2016, media melaporkan, Syed Alman Zain meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani pembedahan gigi di sebuah klinik pergigian di Bangsar. - Fail/Instagram nurulzahid
![AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007110/19199450371674991830031_640x360.jpg)
AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 29 Januari 2023 : - Banjir di Sabah belum reda, hampir 1,500 mangsa masih berteduh di PPS. - Hajiji umum bakal ketuai Gagasan Rakyat Sabah, empat bekas ahli parlimen Bersatu tidak turut serta. - Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura bangunkan industri pertanian . #AWANInews #MalaysiaBangkit

Industri Pertanian | Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura
Sarawak akan memaksimumkan kemahiran dan kepakaran Singapura dalam teknologi untuk bangunkan industri pertanian yang mapan di negeri itu. Ia sejajar hubungan bilateral dua pihak menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi Malaysia Singapura.

Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.

Banjir Kilat | Penduduk berlindung enam jam di rumah
Di Sarawak beberapa kawasan kaki bukit di Kuching dilanda banjir kilat. Antaranya Kampung Sinar Budi Batu Kawa, Kampung Kolong Matang, Taman Sejoli dan sebahagian kecil kawasan di Lundu. Keadaan seawal jam tiga pagi itu berlaku selepas hujan berterusan selama 24 jam dengan jarak kediaman hanya beberapa meter dari sungai.

Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih
Sekurang-kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir. Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau. Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.

Gagasan Rakyat | Armizan kekal Ahli Langsung GRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Papar itu, beliau kekal sebagai Ahli Langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Banjir Sabah | Penduduk tidak dibenar pulang, cuaca masih tidak menentu
Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pitas, Nahalan Mehdunah, penangguhan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu terpaksa diambil ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Banjir | Mangsa di PPS mahu pulang, risau keadaan rumah
Selepas empat hari ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa banjir di Pitas ingin segera pulang ke kediaman masing-masing. Apa yang diresahkan keadaan rumah dan harta benda di dalamnya yang ditinggalkan begitu sahaja sebelum ini. Itu tidak termasuk haiwan ternakan yang berkemungkinan besar sudah lagi tiada.

Kematian bekas menantu Zahid: Denda pakar pergigian kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman denda RM220,000 terhadap Imperial Dental Specialist Centre berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang ketika itu menantu Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Kematian menantu bekas TPM: Pusat pakar pergigian didenda RM320,000
Mahkamah mengambil kira faktor-faktor yang selaras dengan peruntukan undang-undang supaya menjadi pengajaran dan teladan kepada semua pengamal perubatan dengan mematuhi standard Kementerian Kesihatan.

Doktor bebas tuduhan sebabkan kematian menantu bekas TPM
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang doktor perbidanan dan sakit puan (OG) atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Kes kematian Syed Alman, polis selesai ambil keterangan saksi - Polis
Polis masih menunggu keterangan daripada pakar Kementerian Kesihatan sebelum menghantar laporan penuh kepada pejabat Peguam Negara.

Siasatan kematian menantu TPM Syed Alman Zain hampir selesai - Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata siasatan sepenuhnya mungkin akan selesai dalam minggu ini.

Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.

Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan kakitangan klinik gigi
Punca kematian masih belum dikenal pasti.

Siasatan kes kematian menantu TPM sedang dijalankan - Dr Subramaniam
Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar sedang dijalankan kini.