[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Kematian doktor pelatih HPP: KKM tubuh 'taskforce', siasat budaya buli - Khairy

Hasimi Muhamad 06/05/2022 | 08:12 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pasukan petugas khas itu juga akan berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku, - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan sebuah 'taskforce' (pasukan bertindak) bebas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) bulan lalu.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pasukan petugas khas itu juga akan berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.
"Saya telah menerima laporan awal mengenai kematian seorang doktor pelatih dari Ketua Jabatan mendiang di Pulau Pinang.
"Pihak polis juga sedang lengkapkan siasatan," katanya dalam kemas kini di laman Twitter, hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Polis akan rekod keterangan ahli keluarga doktor pelatih di HPP maut
BACA: Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai perubatan siswazah yang baharu ditempatkan di HPP dilaporkan terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartment di Jalan Datuk Keramat, George Town pada 17 April lalu.
Mangsa baru ditempatkan di HPP pada 4 April lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, yang mengesahkan kematian doktor pelatih itu, tidak menolak kemungkinan kes diklasifikasikan semula sekiranya ada bukti terkini.
#Kematian pelatih #Khairy Jamaluddin #KKM #Task force #Hospital Pulau Pinang #HPP #doktor junior