MALAYSIA
Kematian pegawai kadet Palapes UTM: Tiada siapa dilindungi jika wujud unsur buli, jenayah
Zambry Abdul Kadir berkata laporan jawatankuasa bagi menyiasat kematian pegawai kadet Palapes itu dijangka selesai tidak lama lagi. - Gambar fail
SEMENYIH: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu jika siasatan terhadap kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin mendapati wujud unsur buli atau jenayah.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata laporan jawatankuasa bagi menyiasat kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
"Saya telah mengarahkan pihak UTM untuk melaksanakan langkah yang sewajarnya dan memberi kerjasama terhadap siasatan kes berkenaan. Tidak ada sebarang usaha untuk cuba melindungi sesiapa sekiranya didapati ada unsur-unsur yang tidak baik yang dilakukan kepada adik Haris ini.
"Paling mustahak ialah supaya laporan jawatankuasa siasatan itu hendaklah disegerakan... dan pada masa sama hal-hal yang telah dibangkitkan oleh ahli keluarga dapat diberikan perhatian," katanya selepas menziarahi ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun di kediamannya di sini hari ini, yang turut dihadiri Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.
Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan Palapes UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.
Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan Palapes UTM bermula 26 Julai lepas dan sepatutnya dijadualkan berakhir 3 Ogos.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu menubuhkan jawatankuasa yang turut disertai KPT dan Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat kematian Syamsul Haris.
Sementara itu, keluarga Allahyarham menuntut supaya siasatan punca kematian dilaksanakan dengan telus dan adil, selain mahukan proses bedah siasat kedua dibuat segera.
Ummu Haiman Bee mendakwa pada tubuh anaknya terdapat kesan lebam dan kecederaan seperti perbuatan secara fizikal dan bukan kecederaan akibat serangan sawan.
"Saya mohon satu siasatan yang telus dijalankan, saya nak tahu apa sebenarnya punca kematian anak saya dan siasatan yang telus.
"(Pada tubuh) ada luka di dada seperti dicucuk ataupun dipukul dengan objek... mata juga ada kesan lebam... saya yakin ada unsur jenayah dan anak saya ini dipukul, dibelasah, didera sehingga meninggal," katanya.
Beliau juga meminta peguam yang mewakili keluarga Datuk Narin Singh dijadikan sebagai antara ahli jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kementerian sebelum ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPT memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu jika siasatan mendapati wujud unsur buli atau jenayah dalam kematian Syamsul Haris semasa latihan PALAPES di PULADA, Johor.
- Laporan jawatankuasa siasatan dijangka siap dalam masa terdekat, dengan kerjasama antara KPT, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat punca kematian yang disifatkan meragukan.
- Keluarga Allahyarham menuntut siasatan telus dan bedah siasat kedua, mendakwa terdapat kesan kecederaan fizikal pada tubuh anak mereka serta meminta peguam keluarga dilibatkan dalam jawatankuasa siasatan.