awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian pelajar: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

Bernama
Bernama
31/07/2025
11:36 MYT
Kematian pelajar: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
Jauteh Dikun berkata siasatan kes itu dibawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Istana Seri Kinabalu hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman terlibat dengan kes kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar.
Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan kepada Bernama hari ini menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tun Musa.
Istana juga meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah serta mengingatkan penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada polis atau Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan kes itu dibawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Pelajar berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di sini pada 11 pagi 17 Julai, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Seri Kinabalu
#Tun Musa Aman
#Zara Qairani
#Hospital Queen Elizabeth I
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan