MALAYSIA

Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa

Bernama 11/11/2025 | 07:50 MYT
Namewee (kiri) disyaki ada hubungan istimewa dengan Yun Hsin (kanan). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai "hubungan istimewa" dengan mangsa.


Ringkasan AI
  • Namewee direman bagi siasatan kes kematian wanita Taiwan; disyaki ada "hubungan istimewa" dengan mangsa sejak luar negara.
  • Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi mangsa; mayat mangsa belum dituntut keluarganya.
  • Kes kematian yang semula dianggap sebagai kematian mengejut, kini disiasat sebagai kes bunuh; Namewee dipercayai individu terakhir bersama mangsa.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan mendapati Namewee telah bersama wanita itu sejak dari luar negara sehingga kedua-duanya berada di negara ini.

"Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa. Kita juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan toksikologi mangsa yang dijangka mengambil sedikit masa.

Fadil berkata mayat wanita itu juga masih belum dituntut oleh keluarganya.

"Ada individu cuba menuntut (mayat) tetapi kita tidak benarkan kerana tiada keizinan. Jadi kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan penyanyi rap berkenaan dibenarkan disambung reman tiga hari hari hingga Khamis ini selepas reman pada 5 Nov lepas berakhir semalam.

Mangsa iaitu Hsieh Yun Hsin, 33 tahun ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

-- BERNAMA







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah hubungan yang dipercayai ada antara Namewee dan mangsa wanita dalam kes kematian tersebut?
    A: Namewee dipercayai mempunyai "hubungan istimewa" dengan mangsa wanita warga Taiwan yang ditemui mati.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh polis Kuala Lumpur berhubung kematian wanita Taiwan tersebut?
    A: Polis Kuala Lumpur telah merakam keterangan individu yang terlibat dalam kes ini dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi mangsa.
  • Q: Mengapa keluarga mangsa belum menuntut mayat wanita tersebut?
    A: Mayat wanita tersebut masih belum dituntut oleh keluarganya kerana tiada keizinan yang diberikan kepada individu yang cuba menuntut.
  • Q: Berapa lama tempoh reman Namewee dilanjutkan selepas tamat reman pada 5 November?
    A: Reman Namewee dilanjutkan selama tiga hari selepas tamat reman pada 5 November hingga Khamis.
  • Q: Mengapa kes kematian wanita Taiwan tersebut disiasat semula sebagai kes bunuh?
    A: Kes kematian wanita Taiwan tersebut disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematiannya.



#Namewee #Hsieh Yun Hsin #Fadil Marsus #Seksyen 302 Kanun Keseksaan #hubungan istimewa