NATIONAL
Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa akibat pendarahan dalaman pada kepala

Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital. -Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 12 Nov lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II adalah disebabkan pendarahan dalaman pada bahagian kepala.
Ringkasan AI
- Tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala semasa mendapatkan rawatan di hospital.
- Jabatan Penjara Malaysia telah membuat laporan polis pada hari kematian dan keluarga tahanan juga membuat laporan pada 16 Disember berkaitan punca kematian.
- Jabatan Penjara akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan dan meminta orang awam tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai kejadian tersebut.
"Berdasarkan laporan pegawai perubatan dan siasatan pegawai penjara, hakim koroner telah mengesahkan punca kematian dan pihak keluarga prospek berpuas hati dengan keterangan yang diberikan seterusnya jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan," menurut kenyataan itu.
Namun, pada 16 Dis, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga prospek berkaitan punca kematian prospek.
"Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk sebarang siasatan yang dilaksanakan.
"Sehubungan itu, Jabatan Penjara memohon kerjasama daripada orang awam agar tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian kes itu," menurut kenyataan itu.
Media tempatan semalam melaporkan keluarga prospek mendakwa kematian itu dalam keadaan mencurigakan dan mereka dalam usaha untuk menuntut keadilan atas apa yang berlaku.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami