MALAYSIA
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata kedua-dua tragedi itu menjadi titik penting kepada pelaksanaan reformasi keselamatan sekolah secara lebih menyeluruh. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2025 membuka mata kelemahan aspek keselamatan di sekolah.
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kedua-dua tragedi itu menjadi titik penting kepada pelaksanaan reformasi keselamatan sekolah secara lebih menyeluruh.
“Berdasarkan dapatan audit keselamatan murid dan asrama 2025 oleh Jemaah Nazir melibatkan 850 buah sekolah seluruh negara, hanya 28.94 peratus sekolah ini mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang berfungsi.
“Kalau hanya 28 peratus sahaja CCTV yang berfungsi, macam mana kita nak jawab kepada masyarakat dan yakinkan ibu bapa bahawa sekolah kita selamat?
“Audit Ini menunjukkan kita realiti sebenar yang perlu ditambah baik, satu panggilan jelas untuk kita bertindak,” ujar Fadhlina dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, sebanyak 333 CCTV baharu akan dipasang di sekolah terpilih pada tahun 2026 ini.
“Penekanan bukan hanya pada pemasangan, tetapi penyelenggaraan berterusan supaya CCTV berfungsi dengan berkesan.
“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah sudah diarahkan memastikan semua CCTV berada dalam keadaan baik.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbuka kepada kerjasama sektor swasta dan sokongan komuniti bagi menyelenggara kesemua sistem CCTV ini,” tambah Fadhlina.
Seterusnya, KPM akan memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid yang bakal dilaksanakan di semua sekolah bermula tahun ini, ia merangkumi penglibatan pihak pengurusan sekolah, guru, ibu bapa serta agensi keselamatan.
Seterusnya, Garis Panduan Sekolah Selamat turut diperkukuh dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) serta komuniti setempat.
Fadhlina menegaskan, keselamatan murid tidak boleh dilihat sebagai isu teknikal semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan manusiawi dan tanggungjawab bersama.
“Ini bukan sekadar tentang peraturan atau infrastruktur, tetapi soal kepercayaan. Sekolah mesti menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita,” katanya.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025 selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya.
Pada 22 Oktober 2025, seorang pelajar lelaki didakwa menikam pelajar perempuan berumur 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama menggunakan senjata kerambit dan pisau.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata suspek bertindak atas dorongan emosi dan pengaruh media sosial.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menekankan keperluan reformasi keselamatan sekolah selepas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan kes tikam pelajar di Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2025.
- Audit keselamatan murid dan asrama 2025 menunjukkan hanya 28.94 peratus sekolah di Malaysia mempunyai sistem CCTV yang berfungsi, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan murid.
- Kementerian Pendidikan Malaysia akan memasang 333 CCTV baharu di sekolah terpilih pada tahun 2026, menjadikan keselamatan murid sebagai fokus utama dengan memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid dan memperkukuh Garis Panduan Sekolah Selamat.