awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Zara Qairina: Dr Akmal desak tukar pegawai penyiasat

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2025
04:00 MYT
Kematian Zara Qairina: Dr Akmal desak tukar pegawai penyiasat
Dr Akmal berkata, tindakan itu bagi memastikan kes berkenaan dapat diadili tanpa timbul sebarang konflik atau isu lain lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak agar pegawai penyiasat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditukar dengan segera.

Ringkasan AI
  • Ketua Pemuda UMNO mendesak penukaran pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina bagi menjamin siasatan yang telus.
  • Tindakan itu bertujuan mengelak konflik dan syak wasangka dalam proses pengadilan.
  • AGC arahkan kubur digali semula untuk bedah siasat bagi melengkapkan siasatan dan mendapatkan bukti tambahan.

Beliau menegaskan, tindakan itu bagi memastikan kes berkenaan dapat diadili tanpa timbul sebarang konflik atau isu lain lagi.
"Kita desak juga agar kes ini disiasat oleh pegawai penyiasat yang berlainan daripada yang menjalankan siasatan awal agar kes ini dapat diadili tanpa ada sebarang syak wasangka.
"Pemergiannya dirasai oleh kita semua. Kita semua Zara Qairina. #justiceforzaraQairina," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar itu.
Menurut AGC, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Dr Akmal Saleh
#Pemuda UMNO
#Pegawai Penyiasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan