MALAYSIA
Kematian Zara Qairina: Nancy nafi KPWKM berdiam diri

Kata Nancy, pelbagai tindakan telah diambil melalui JKM dan pihaknya kini menunggu hasil siasatan bagi mengenal pasti tindakan selanjutnya.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak berdiam diri dalam isu kematian remaja 13 tahun, Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
- KPWKM tidak berdiam diri dalam kes kematian Zara Qairina, dengan JKM segera memberi bantuan kepada keluarga dan menunggu hasil siasatan daripada PDRM dan AGC.
- Nancy Shukri menyeru ibu bapa dan masyarakat agar peka terhadap isu penderaan dan pengabaian, serta menggunakan Talian Kasih 15999 untuk melaporkan sebarang kes.
- Program advokasi perlindungan kanak-kanak akan diperluas pada 2025 ke 300 sekolah dan 30 Pusat Kegiatan Kanak-Kanak bagi meningkatkan kesedaran hak kanak-kanak.
"Selanjutnya, kita perlu kenal pasti apa lagi yang diperlukan kerana banyak pihak terlibat, ada agensi lain juga.
"Kita belum tahu keputusan kerana perkara itu (siasatan) ada di Jabatan Peguam Negara (AGC) dan PDRM. Kita akan mengikuti perkembangannya dengan teliti," kata Nancy ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Bukit Kerinchi, pada Sabtu.
Nancy mengucapkan takziah dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Zara Qairina.
"Sebagai ibu bapa, kita tahu perasaan itu. Anak demam pun kita susah hati, apa lagi jika perkara seperti ini berlaku," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Nancy menegaskan kepentingan kesedaran ibu bapa dan orang ramai berkaitan isu penderaan dan pengabaian, serta mendidik anak-anak menyedari hak mereka.
"Jika anda mengesan sesuatu yang tidak kena, laporkan. Jika anak anda mengadu tentang sesuatu di sekolah atau di luar, dengar aduan mereka dan bertindak.
"Jangan biarkan mereka terasa hati kerana kita tidak mengendahkan suara mereka," tambah Nancy sambil menekankan talian bantuan 15999 Talian Kasih sebagai saluran utama untuk melaporkan kes penderaan dan pengabaian.
Nancy menambah, program advokasi perlindungan kanak-kanak tahun lepas melibatkan tujuh sekolah Kuala Lumpur dan 2,519 pelajar.
Di Brickfields, program itu mencapai 1,350 pelajar di SMK Seri Pantai dan SK Bukit Pantai dan ia memberi motivasi kepada kementerian untuk meneruskan inisiatif tersebut.
“Insya-Allah pada 2025, program ini akan dilaksanakan di 300 sekolah dan 30 Pusat Kegiatan Kanak-Kanak di seluruh negara,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami