MALAYSIA

Kematian Zara Qairina: Orang ramai diminta bertenang, tidak buat spekulasi - Polis

Bernama 28/07/2025 | 08:45 MYT
Jauteh berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Polis meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sementara menunggu hasil siasatan lanjut.


Ringkasan AI
  • Polis Sabah sedang jalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Papar.
  • Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah pada awal pagi 17 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
  • Orang ramai diminta bertenang dan elak spekulasi sementara menunggu hasil siasatan lanjut oleh PDRM Kontinjen Sabah


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

"PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah.

-- BERNAMA







#Kematian Zara Qairina #orang ramai diminta bertenang #Pesuruhjaya Polis Sabah #elak spekulasi