awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan pendapatan komuniti KRT kepada masyarakat dalam bentuk 'manfaat bersama' - Aaron

Bernama
Bernama
28/08/2025
23:20 MYT
Kembalikan pendapatan komuniti KRT kepada masyarakat dalam bentuk 'manfaat bersama' - Aaron
Aaron menyeru generasi muda agar memainkan peranan aktif dalam komuniti menerusi platform Jiran Muda. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru supaya pendapatan komuniti yang dijana dalam Rukun Tetangga Progresif (KRT) di seluruh negara dikembalikan semula kepada masyarakat dalam bentuk 'manfaat bersama'.
Aaron berkata hal itu bertujuan untuk memastikan hasil setiap usaha, inisiatif dan kejayaan ekonomi yang dicapai dapat memberikan nilai tambah kepada komuniti setempat termasuk menambah baik kemudahan bersama seperti balai komuniti atau pusat aktiviti.
"Ia termasuk membiayai program pendidikan dan latihan kemahiran untuk anak muda setempat serta menyokong bantuan kebajikan kepada golongan rentan dalam kawasan kejiranan," katanya dalam kenyataan semalam.
Aaron turut menyeru generasi muda agar memainkan peranan aktif dalam komuniti menerusi platform Jiran Muda bagi memastikan sasaran keahlian KRT mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus golongan berkenaan.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat 34 Pengerusi KRT yang berusia 30 tahun ke bawah.
Menurutnya, sehingga kini, terdapat 8,586 KRT ditubuhkan di seluruh negara dengan yang terawal diwujudkan pada 1 Jan 1974 iaitu KRT Kampung Baru Macap Baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#pendapatan komuniti KRT
#perpaduan
#Rukun Tetangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan