awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan subsidi, sepatutnya harga minyak RON95 hanya RM1.61 seliter - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2015
02:59 MYT
Kembalikan subsidi, sepatutnya harga minyak RON95 hanya RM1.61 seliter - Rafizi
RAFIZI: Kembalikan subsidi, sepatutnya harga minyak RON95 hanya RM1.61 seliter - Gambar fail
Kerajaan digesa untuk mengembalikan subsidi atau menjelaskan ke mana perginya cukai petrol sebanyak RM633 juta yang diambil tanpa diketahui rakyat.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan harga purata RON95 dan diesel bagi Disember 2014, maka harga bagi Januari 2015 seharusnya lebih rendah dari harga yang diumumkan pada hari terakhir 2014.
"RON95 ditetapkan pada harga RM1.91 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga RON95 hanyalah RM1.61 seliter.
"Diesel ditetapkan pada harga RM1.94 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga diesel hanyalah RM1.64 seliter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rafizi mengulas harga baru runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.
Tegas Rafizi, kerajaan juga digesa untuk menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan kerana pengiraan yang dibuat KEADILAN setakat ini menggunakan formula yang diberikan kerajaan sendiri dan harga pasaran Mean of Platts Singapore (MOPS) yang diterbitkan.
"Sehingga kini juga tidak ada seorang pemimpin yang menyangkal pendedahan saya bahawa kerajaan telah mengutip cukai petrol dan diesel secara senyap-senyap akibat mekanisme penentuan harga sebegini. Ini bermakna mereka mengesahkan bahawa rakyat memang telah membayar cukai petrol dan diesel sejak November 2014 lagi.
"Dengan pendedahan bahawa jumlah cukai yang dikutip bagi Disember 2014 telah mencecah RM633 juta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajib menjelaskan ke mana wang ini telah dibelanjakan dan kenapa rakyat perlu membayar cukai petrol dan diesel kepada rakyat dalam keadaan kos sara hidup yang sangat membebankan," ujarnya.
Rafizi turut memberitahu, isu cukai petrol dan diesel ini akan dibawa sehingga ke Parlimen pada sesi depan dan memaklumkan masih menunggu jawapan yang memuaskan dari pihak kerajaan sendiri.
Topic Berkaitan
#cukai
#diesel
#Keadilan
#minyak
#najib
#Rafizi
#RON95
#RON97
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan