awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembangkan silat ke persada antarbangsa - Ali Rustam

Bernama
Bernama
20/12/2015
00:28 MYT
Kembangkan silat ke persada antarbangsa - Ali Rustam
Mohd Ali berkata persatuan-persatuan silat di Malaysia harus progresif dan agresif dalam usahanya untuk mengembangkannya secara meluas seni silat warisan orang Melayu itu. - Gambar hiasan
Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam menggesa persatuan-persatuan silat supaya mengembangkan seni mempertahankan diri orang Melayu itu ke persada antarbangsa.
Beliau berkata ia selaras dengan seruan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu pada Perhimpunan Silat Pesaka Merdeka 2015 di Dataran Merdeka pada 18 Sept lepas.
"Perdana Menteri telah mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara, dengan itu semua persatuan-persatuan silat di Malaysia harus mengembangkannya ke peringkat antarabangsa," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-29 Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia di sini, Sabtu.
Turut hadir Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Mohd Ali berkata persatuan-persatuan silat di Malaysia harus progresif dan agresif dalam usahanya untuk mengembangkannya secara meluas seni silat warisan orang Melayu itu.
"Saya memuji apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kerana telah mengembangkan seni silat ke luar negara termasuk di negara-negara Eropah.
"Silat bukan sahaja seni mempertahankan diri tetapi ia juga menyumbang pingat emas di temasya sukan peringkat antarabangsa. Justeru itu, pesilat-pesilat Malaysia yang menyertai Sukan Asia 2018 harus melakukan persediaan secukupnya demi mengharumkan nama negara," katanya.
Beliau berkata silat bakal diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai seni mempertahankan diri orang Melayu di Malaysia, sekali gus mencatatkan sejarah buat negara.
Topic Berkaitan
#antarabangsa
#Megat Zulkarnain Omardin
#Melayu
#Mohd Ali Rustam
#Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
#Pesaka
#silat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan