Kembara lapan pengamal perubatan Malaysia di Nepal bermula

Mariah Ahmad
Mei 5, 2015 04:59 MYT
Misi ini terdiri daripada kalangan doktor, pegawai perubatan dan pembantu klinikal di seluruh Malaysia. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Gempa bumi di Nepal pada 25 April lalu melihatkan pelbagai agensi menghulurkan bantuan bagi meringankan mangsa di negara itu.
Ia juga memberi aspirasi kepada Presiden GEC (Global Expedition Club) T. Ravichandran, 40 untuk membentuk satu bantuan menyelamat yang dinamakan 'Misi Bantuan Perubatan GEC di Nepal'.
Ravichandran atau Ravi merupakan pendaki solo pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari bahagian bertentangan dengan Tibet, pada 15 Mei 2006.
Misi yang diketuai beliau sendiri ini terdiri daripada kalangan doktor, pegawai perubatan dan pembantu klinikal di seluruh Malaysia.
BACA: Gempa Nepal: Pasukan kami mahu bantu mangsa - Ravichandran
Berikut adalah tujuh doktor bertauliah bersama seorang pembantu klinikal daripada seluruh Malaysia yang menyertai Misi Bantuan Perubatan GEC di Nepal :
1) Dr Megat Muhammed Faisal Ismail (Ketua Penyeleras Perubatan Misi), 36, Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan Hospital Pakar Puteri
2) Dr Sukumaran Raman, 42, Registar Bahagian Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya PJ
3) Dr Lim Kah Yeuan, 45, Pengamal Perubatan Poliklinik & Surgeri Wanita, Ampang Point, Ampang.
4) Dr Sathya Prabha Nair a/p Narayanan 32, Pegawai Perubatan Hospital Ampang
5) Dr Lee Hong Nien, 32 Pegawai Perubatan (Pakar Bahagian Mata) Hospital Melaka
6) Dr Amutha Krishnan, 33, Pegamal Perubatan Umum Klinik Tenaga, Wisma TNB, PJ
7) Dr Qidran Asyraf Ayob, 26, Doktor Klinik MIMGATA Johor Baharu
8) Wan Halinda Sofianna Wan Abdul Jalil, 20, sukarelawan
Ravi juga menjemput penulis, sebagai wartawan Astro AWANI untuk sama-sama menyertai bagi memberi liputan penuh misi perubatan ini. Untuk itu, kembara misi perubatan di Nepal bersama GEC kini bermula.
Mariah Ahmad Nepal pada 4 Mei 2015
Berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada jam kira-kira 4.35 pagi pada 4 Mei, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shah Jalal, Dhaka, Bangladesh pada jam 6.40 pagi sebelum transit ke Kathmandu, Nepal.
Setibanya kami di Bangladesh, Ravi memberitahu saya bahawa NGO tempatan memerlukan dua perkhidmatan doktor di Daerah Lalitpur daripada pasukan misi perubatan ini.

Pasukan GEC Misi Perubatan di Nepal selamat tiba di Dhaka,Bangladesh kira-kira jam 8.30 waktu Malaysia. @501Awani pic.twitter.com/A7oQ06WDuU

— Mariah Ahmad (@A_marea) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada mulanya saya fikir mungkin sedikit berat bagi doktor-doktor pasukan ini untuk berpisah sesama mereka yang berada kumpulan ini memandangkan ada di antara mereka yang belum pernah menyertai misi berupa ini.
Namun pandangan saya boleh dicampak sejauhnya apabila dua doktor tidak ada keraguan sekali untuk pun menawarkan perkhidmatan mereka kerana mereka percaya kepakaran mereka amat diperlukan bagi membantu mangsa di daerah Lalitpur.
Gempa Nepal: Misi perubatan fokus di kawasan pergunungan - Ravi
Apa yang terlintas hanyalah satu kebanggan sebagai rakyat Malaysia apabila menjadi saksi kepada perbincangan pembahagian kumpulan itu walaupun ia secara tiba-tiba.

Dr Sukamaran dan Dr Lim akan ke Daerah Laliltpur selama dua hari bagi membantu penduduk yg cedera di sana @501Awani pic.twitter.com/dl6cHzQHof

— Mariah Ahmad (@A_marea) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan menaiki pesawat Biman Airlines BG0701, kami tiba di Kathmandu pada jam kira-kira 2.40 petang waktu tempatan. Setibanya di sana, kami disambut oleh NGO tempatan di sini.

Dr Megat dan Dr Sukumaran serta Ravichandran sedang mengisi maklumat visa @501Awani pic.twitter.com/LlOLOUBTRL

— Mariah Ahmad (@A_marea) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Dr Sukumaran dan Dr Lim yang bergerak terus ke Lalitpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, pasukan ini akan ke Bandar Kathmandu untuk sesi 'brainstroming' bersama NGO tempatan.
Sesi ini adalah bertujuan untuk menentukan koordinasi lokasi untuk menjalankan klinik mobil, terutama di lokasi yang belum mendapat bantuan perubatan.
Mengikut perancangan, kami akan ke Sindhupalchowk iaitu perjalanan 5 jam dari Kathmandu pada pagi 5 Mei.
#Doktor #gec #megat #Nepal #perubatan #ravi