MALAYSIA
Kemboja, Thailand, Malaysia dan AS tegaskan sokongan terhadap Perjanjian Damai Kuala Lumpur - PM Anwar
Anwar berkata komitmen itu disampaikan semasa perbualannya dengan Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri Cambodia Hun Manet, dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kemboja dan Thailand, bersama Malaysia serta Amerika Syarikat (AS), menegaskan semula komitmen mereka untuk memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan Perjanjian Damai Kuala Lumpur, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata komitmen itu disampaikan semasa perbualannya dengan Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri Cambodia Hun Manet, dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul.
"Kami juga sependapat bahawa kemajuan bermakna mesti dicapai dalam isu penyingkiran ranjau darat, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut mengulangi penghargaan beliau terhadap komitmen peribadi dan aktif Trump dalam menyelesaikan isu sempadan antara kedua-dua negara jiran.
Media antarabangsa melaporkan pada Isnin bahawa Ketua Angkatan Tentera Thailand telah menggantung semua perjanjian dengan Kemboja susulan letupan ranjau darat di sepanjang sempadan, yang meningkatkan ketegangan selepas pertembungan pada Julai lepas.
Empat anggota tentera Thailand dilaporkan cedera apabila ranjau darat PMN-2 meletup semasa rondaan di wilayah Sisaket, dengan seorang kehilangan kaki kanannya.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani oleh Anutin dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Trump, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kemboja, Thailand, Malaysia, dan Amerika Syarikat menegaskan komitmen terhadap pelaksanaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur tanpa melibatkan kerjasama perdagangan.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha Presiden AS Donald Trump dalam menyelesaikan isu sempadan antara negara jiran.
- Ketegangan meningkat antara Thailand dan Kemboja selepas letupan ranjau darat di sempadan yang menyebabkan cedera pada anggota tentera Thailand, mengakibatkan gantung perjanjian di antara kedua negara.
Beliau berkata komitmen itu disampaikan semasa perbualannya dengan Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri Cambodia Hun Manet, dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul.
"Kami juga sependapat bahawa kemajuan bermakna mesti dicapai dalam isu penyingkiran ranjau darat, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut mengulangi penghargaan beliau terhadap komitmen peribadi dan aktif Trump dalam menyelesaikan isu sempadan antara kedua-dua negara jiran.
Media antarabangsa melaporkan pada Isnin bahawa Ketua Angkatan Tentera Thailand telah menggantung semua perjanjian dengan Kemboja susulan letupan ranjau darat di sepanjang sempadan, yang meningkatkan ketegangan selepas pertembungan pada Julai lepas.
Empat anggota tentera Thailand dilaporkan cedera apabila ranjau darat PMN-2 meletup semasa rondaan di wilayah Sisaket, dengan seorang kehilangan kaki kanannya.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani oleh Anutin dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Trump, pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan lepas.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Thailand
#Amerika Syarikat
#Kemboja
#Perjanjian Damai Kuala Lumpur
#terkini