Baju batik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi bahan bualan netizen - kali ini kerana mengingatkan mereka tentang keenakan pelbagai juadah Ramadan.

Menteri tersebut gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rona dan corak baju beliau yang cukup unik menjadikan pilihan fesyen beliau tular di media sosial sebelum ini.

Terkini, ia menjadi 'inspirasi' kreativiti netizen yang memuat naik kompilasi kemeja batik beliau yang disamakan dengan pelbagai juadah tempatan dan hidangan minuman yang menyelerakan.

Hantaran mengusik itu berjaya mencuri perhatian beliau.

"Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh-mueh.

"Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak," seloroh beliau menerusi hantarannya di laman Facebook, pada Jumaat.

Sumber Facebook ismailsabri60

Gambar rekaan rakyat memaparkan gambar beliau dan juadah yang mengikut tema baju batiknya seperti kek lapis, jus tembikai, air batu campur (ABC) dan agar-agar.

Menteri tersebut berterima kasih terhadap hantaran warganet yang mencuit hati beliau serta turut memberi ucapan 'jenaka' untuk seluruh rakyat Malaysia "Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya."

Hantaran tersebut telah mencapai 870 perkongsian berserta dengan lebih 600 komen positif daripada warganet.

Pengguna Facebook Zainab Sahak memberikan komen,"Tahniah buat Datuk Seri, sebab telah menjadi model yang paling penting buat kami rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk menu makanan tetapi juga untuk kawalan keselamatan untuk kita semua....seronok melihatnya."

Nabillah Hamid memberi komen "Latest baju Dato, membuatkan saya teringin nak makan apam polka dot cicah teh-o panas.."

Hantaran itu turut menarik perhatian pereka fesyen dan menantu beliau, Jovian Mandagie yang kongsikan gambar-gambar tersebut di laman Instagram dengan kapsyen "Lapar sangat ye kamu semua ni?"

Lapar sangat ye kamu semua ni?

COVID-19: Bahagian ikan Pasar Borong KL ditutup

COVID-19: Bahagian ikan Pasar Borong KL ditutup

Pasar borong Kuala Lumpur di Selayang akan ditutup lagi susulan jangkitan COVID-19 dalam kalangan peniaga.
Pemandu Jabatan Kehakiman Syariah Perak maut dalam kemalangan dengan treler

Pemandu Jabatan Kehakiman Syariah Perak maut dalam kemalangan dengan treler

Pemandu Jabatan Kehakiman Syariah Perak maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuala Kangsar - Taman Rengas.
PKPD di tiga perkampungan di Pasir Mas bermula 9 Mei ini - Ismail Sabri

PKPD di tiga perkampungan di Pasir Mas bermula 9 Mei ini - Ismail Sabri

Tiga perkampungan tersebut masing-masing Kampung Paya Ular, Kampung Tualang serta Kampung Bechah Palas.
UKM-UP meterai MoA bagi penganjuran AYVP Philippines 2021

UKM-UP meterai MoA bagi penganjuran AYVP Philippines 2021

Program ini akan memanfaatkan kira-kira 213 juta belia dari 10 negara ASEAN.
PKPD di tiga perkampungan di Pasir Mas, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

PKPD di tiga perkampungan di Pasir Mas, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

Langkah-langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan.
Cerita Sebalik Berita: Disebalik kenaikan harga daging

Cerita Sebalik Berita: Disebalik kenaikan harga daging

Cerita Sebalik Berita: Pelajar IPTA dibenar pulang ke kampung halaman

Cerita Sebalik Berita: Pelajar IPTA dibenar pulang ke kampung halaman

Pelajar IPTA dibenar pulang ke kampung halaman
Dakwaan Tommy Thomas, Hamid Bador: Presiden UMNO gesa kerajaan tubuhkan RCI segera

Dakwaan Tommy Thomas, Hamid Bador: Presiden UMNO gesa kerajaan tubuhkan RCI segera

Ahmad Zahid sifatkan pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan itu adalah amat serius.
Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu

Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu

Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja di Sibu pada Khamis.
Kejohanan badminton Terbuka Malaysia ditangguhkan - BAM

Kejohanan badminton Terbuka Malaysia ditangguhkan - BAM

Kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 25-30 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil ditangguhkan susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Rata tanah jumpa tengkorak, tulang manusia

Rata tanah jumpa tengkorak, tulang manusia

Satu tengkorak bersama beberapa cebisan tulang berselerak dipercayai manusia ditemui di sebuah kebun getah di kawasan Rimba Kuin.
Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia

Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia

Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.
Pesawat Batik Air mendarat cemas dengan gear pendaratan berpusing 90 darjah

Pesawat Batik Air mendarat cemas dengan gear pendaratan berpusing 90 darjah

Pesawat tersebut kembali ke Jambi kira-kira 25 minit selepas berlepas dan berhenti di landasan dengan nose gear pesawat berpusing 90 darjah ke sisi.
Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya

Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya

'Fenomena' air berwarna di sebuah perkampungan di Pekalongan, Indonesia ini bukan sesuatu yang baharu.
'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging

'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging

Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik ketika sedang berjoging, petang tadi.
Mayat lelaki lemas mandi laut ditemui di pantai Teluk Batik

Mayat lelaki lemas mandi laut ditemui di pantai Teluk Batik

Mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemui kira-kira jam 3 petang ini.
Mayat lelaki ditemukan terapung di Teluk Batik

Mayat lelaki ditemukan terapung di Teluk Batik

Mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lepas.
Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik

Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik

Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.
Lelaki mati lemas, rakan masih hilang di Pantai Teluk Batik

Lelaki mati lemas, rakan masih hilang di Pantai Teluk Batik

Mangsa pertama ditemui terapung dibawa arus ombak sebelum anggota bomba bersama orang awam membantu membawa mangsa ke tepi pantai.
Trend pelitup muka: Rakyat Malaysia, Indonesia pilih cara selamat namun bergaya

Trend pelitup muka: Rakyat Malaysia, Indonesia pilih cara selamat namun bergaya

Ramai ahli perniagaan tempatan tampil kreatif sekali gus menghasilkan produk pelitup muka berdasarkan kepelbagaian permintaan pengguna.