NATIONAL
Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula

Sidang media Mohd Isa mengenai isu penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FGV Datuk Zakaria Arshad di Menara Felda, hari ini. - FotoBERNAMA
Kemelut Felda Global Ventures Bhd (FGV) bermula apabila Raja Petra Kamaruddin melalui blognya menyatakan Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad sedang berusaha menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.
Raja Petra mendakwa Mohd Isa berniat untuk menyingkirkan Zakaria kerana dianggap terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan urusan yang dipercayai mencurigakan oleh Mohd Isa.
Mohd Isa menafikan dakwaan Raja Petra dan memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukan Zakaria.

Zakaria dalam suratnya menegaskan tidak akan akur kepada desakan untuk melepaskan jawatannya berhubung dakwaan melanggar kod tadbir urus DOP dan Safitex dalam satu surat yang diperoleh Astro AWANI.
Zakaria dan tiga yang lain dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex.
Mereka adalah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), Kamarzaman Abd Karim.
Dua pengarah berkenaan adalah Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim yang akan dibantu Ketua Kluster Logistik FGV, Azman Ahmad.
Datuk Zakaria menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat FGV susulan arahan bercuti serta merta yang diterimanya.
Menurut Azam dalam satu temu ramah Astro AWANI hari ini berkata, pihaknya akan meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum tindakan lanjut diambil.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat yang telah disalurkan kepada SPRM.
FGV yang memasuki senarai 10 saham cergas utama pada sesi pertengahan pagi, turun enam sen kepada RM1.67 dengan 14.29 juta saham diniagakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami