Kemelut FGV: Idris mula kumpul maklumat dan bukti

Astro Awani
Jun 8, 2017 09:27 MYT
Sehari selepas dilantik menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures (FGV), Datuk Seri Idris Jala hadir ke Menara Felda di sini, hari ini. -Bernama
Sehari selepas dilantik menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures (FGV), Datuk Seri Idris Jala hadir ke Menara Felda di sini, hari ini.
Beliau memulakan proses mengumpul maklumat berkaitan masalah dalaman syarikat itu.
Dalam satu kenyataan media, Idris berharap semua pihak memahami keengganannya mengulas lanjut mengenai kemelut dalam FGV buat masa sekarang.
"Masih terlalu awal untuk saya mengeluarkan kenyataan buat masa ini," ujarnya.
#Felda #felda global ventures #FGV #Idris Jala #Menara Felda