MALAYSIA
Kemenangan TPJ hadiah manis sempena Hari Keputeraan saya - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) atas kejayaan meraih kemenangan dalam pusingan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand. -Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) susulan kejayaan merangkul kemenangan pada perlumbaan pusingan kedua di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand dalam siri GT World Challenge Asia.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah bermakna sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
"Kemenangan JMR meraih tempat pertama pada perlumbaan hari ini dan tempat kedua semalam (31 Mei) adalah hadiah yang manis kepada saya bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
"Tahniah saya ucapkan kepada anak saya (Tunku Panglima Johor (TPJ) Tunku Abdul Rahman Al-Haj) dan rakan sepasukannya, Ben Green di atas kejayaan cemerlang.
"Bagi seorang lagi anak saya (Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj), jangan sedih atau berputus asa, teruskan perjuangan di pentas perlumbaan akan datang," titah Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, JMR dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan itu meraih kedudukan podium pada pusingan kelima dan keenam kejohanan GT World Challenge Asia.
Kejayaan itu turut menyaksikan Tunku Abdul Rahman melonjak ke tangga teratas kedudukan keseluruhan pemandu dengan kelebihan 62 mata ketika saingan memasuki pertengahan musim.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) atas kejayaan meraih kemenangan dalam pusingan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand.
- Baginda menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah bermakna sempena Hari Keputeraan Seri Paduka, dan turut memuji anakanda Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman serta rakan sepasukannya Ben Green atas pencapaian cemerlang.
- Kejayaan tersebut meletakkan Tunku Abdul Rahman di tangga teratas kedudukan keseluruhan pemandu dengan kelebihan 62 mata, menjelang pertengahan musim kejohanan.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah bermakna sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
"Kemenangan JMR meraih tempat pertama pada perlumbaan hari ini dan tempat kedua semalam (31 Mei) adalah hadiah yang manis kepada saya bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
"Tahniah saya ucapkan kepada anak saya (Tunku Panglima Johor (TPJ) Tunku Abdul Rahman Al-Haj) dan rakan sepasukannya, Ben Green di atas kejayaan cemerlang.
"Bagi seorang lagi anak saya (Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj), jangan sedih atau berputus asa, teruskan perjuangan di pentas perlumbaan akan datang," titah Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, JMR dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan itu meraih kedudukan podium pada pusingan kelima dan keenam kejohanan GT World Challenge Asia.
Kejayaan itu turut menyaksikan Tunku Abdul Rahman melonjak ke tangga teratas kedudukan keseluruhan pemandu dengan kelebihan 62 mata ketika saingan memasuki pertengahan musim.
-- BERNAMA

#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#Johor Motorsports Racing JMR
#GT World Challenge Asia
#Hari Keputeraan
#Tunku Abdul Rahman Al-Haj