awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi

Bernama
Bernama
03/07/2024
12:36 MYT
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Fahmi menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Mohd Airulrezal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas semasa hadir ke rumahnya hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu di peringkat permulaan susulan kejayaan menguruskan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat pengamal media.
"Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.
Fahmi juga berkata sejak 1 Julai lepas, hampir 600 pengamal media yang berkhidmat sebagai pemberita sambilan dan mereka yang dilantik secara kontrak mula menerima manfaat daripada caruman PERKESO yang diumumkan Mei lepas.
Pada 27 Mei lepas, ketika Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan menampung caruman PERKESO buat 565 pengamal media sambilan bagi tempoh setahun dan ia akan disalur melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Hawana
#perkeso
#pengamal media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan