MALAYSIA
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian MD Nexus Pertama Malaysia di Menara Merdeka 118 hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Digital memberi tumpuan kepada enam bidang berimpak tinggi bagi mempercepatkan transformasi digital serta memacu agenda digital negara pada separuh pertama tahun ini.
Ringkasan AI
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata enam bidang utama itu ialah penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian, pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penguatkuasaan serta perkhidmatan kerajaan.
"Berdasarkan enam bidang ini, kami akan meneliti bagaimana usaha boleh digerakkan untuk memperkasa rakyat dalam sektor berkenaan supaya mereka memahami, mengakses dan mengguna pakai teknologi sedia ada.
"Ini sekali gus memperlihatkan impak sebenar transformasi digital," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Menara Merdeka 118 sebagai MD Nexus pertama negara, di sini hari ini.
Gobind berkata kerajaan juga perlu membantu merapatkan jurang penggunaan teknologi baharu bagi memastikan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar diterjemahkan kepada impak nyata kepada rakyat.
Dengan memberi tumpuan kepada enam bidang berimpak tinggi ini, kerajaan dapat memastikan setiap langkah yang diambil hari ini membawa manfaat yang bermakna kepada masyarakat secara keseluruhan, katanya.
Sementara itu, pengiktirafan MD Nexus merupakan inisiatif MD Location Recognition yang diterajui Kementerian Digital dan dikendalikan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Ia mengiktiraf premis perniagaan berkualiti tinggi dan bertaraf premium yang direka khusus bagi menyokong perniagaan digital, perkhidmatan serta inovasi.
Sebagai MD Nexus pertama Malaysia, Gobind berkata Menara Merdeka 118 melambangkan kemajuan ketara dalam usaha mengintegrasikan teknologi ke dalam ekosistem ekonomi dan sosial negara.
"Pelancaran ini merupakan petunjuk jelas bahawa agenda pendigitalan nasional kini bergerak daripada dasar dan perancangan kepada pelaksanaan sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Digital fokus kepada enam bidang berimpak tinggi untuk mempercepatkan transformasi digital serta memacu agenda digital negara pada separuh pertama tahun ini.
- Bidang-bidang utama termasuk penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian, pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penguatkuasaan, dan perkhidmatan kerajaan.
- Langkah ini diharapkan dapat memastikan setiap inisiatif teknologi yang dilaksanakan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat secara keseluruhan.