awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi

Bernama
Bernama
13/02/2025
06:18 MYT
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Menurut Rafizi, pelan terbabit seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ringkasan AI
  • Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor gas asli.
  • Pelan ini bertujuan merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
  • Pelan ini juga akan mengetengahkan pendirian kerajaan mengenai isu kawal selia utama, menangani halangan, dan menggariskan peluang dalam membina infrastruktur gas yang kukuh untuk menjamin bekalan jangka panjang.

Beliau berkata ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
"Kita mahu mengetengahkan pendirian kerajaan mengenai isu-isu kawal selia utama, memaparkan bagaimana halangan ini akan ditangani selain menggariskan peluang dalam membina infrastruktur gas yang teguh dan menjamin bekalan jangka panjang Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) di sini, hari ini.
Sambil menyifatkan dorongan sedemikian sebagai penting, Rafizi berkata ini terutamanya apabila mengambil kira aspek geopolitik tenaga selain keadaan pasaran gas global yang lebih berpecah berbanding minyak mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Ekonomi
#Pelan Hala Tuju Gas Asli
#Rafizi Ramli
#Simposium Gas Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan