awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan bantah cadangan penanaman ketum untuk eksport

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2016
23:14 MYT
Kementerian Kesihatan bantah cadangan penanaman ketum untuk eksport
Ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif. -Gambar fail
Cadangan supaya kerajaan membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan mereka mendapat bantahan Kementerian Kesihatan.
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.
Beliau merujuk kepada permohonan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) RISDA yang sebelum ini memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.
"Kita tidak sokong apa yang dicadangkan oleh RISDA agar ketum ditanam untuk tujuan perubatan walaupun mendapat permintaan tinggi dari beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian pada program penyerahan uniform Pakaian Operasi Digital (P.O.V) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan sambutan Hari Raya Rela daerah Segamat.
"Kita risau jika penanaman ketum dibenarkan akan timbul masalah salah guna oleh golongan remaja terutamanya pelajar sekolah yang sukar dibendung nanti," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai kes difteria, beliau berkata sehingga kini terdapat 25 kes yang dikesan oleh kementerian.
"Kita sedang kaji daripada semua sudut mengapa perkara ini berlaku walaupun pada masa dahulu kita telah menghadapi beberapa kes difteria namun kali ini jumlah tersebut lebih tinggi daripada biasa dan mereka yang mendapat vaksin tidak terkecuali dijangkiti penyakit itu," katanya.
Beliau berkata sekarang ini Kementerian Kesihatan menerusi semua agensi di bawahnya dalam proses mengkaji kenapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengawalnya.
"Saya diberitahu bahawa negara lain turut mengalami masalah yang sama contohnya negara Filipina yang menghadapi masalah penularan penyakit difteria pada tahun lepas dan jumlah telah meningkat pada tahun ini.
"Kita akan mengkaji sama ada ianya berlaku di seluruh dunia ataupun hanya berlaku di negara kita," katanya.
Beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah jika menghadapi tanda-tanda sakit tekak sebaliknya terus membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, manakala doktor kerajaan mahupun swasta mesti mengambil berat tentang perkara ini dan mengadakan penyiasatan untuk memastikan penyakit dapat dikesan awal.
"Bakteria dapat dirawat dengan ubat namun ianya perlu dikesan daripada awal serta mendapat ubat yang betul," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr S.Subramaniam
#Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan