Kementerian Kesihatan mengharapkan kerajaan agar tidak mengurangkan peruntukan kepada kementerian tersebut dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt ini, kata timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.
Walaupun memahami keadaan ekonomi semasa yang agak meruncing, namun katanya, kementerian tersebut perlu mendapatkan perhatian istimewa kerana peningkatan jumlah pesakit di hospital dan klinik kerajaan.
"Kami amat berharap Bajet kali ini tidak akan menyaksikan sebarang pengurangan... sekurang-kurangnya dikekalkan jika tidak ada penambahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan 2016 bagi Zon Sarawak, di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sini, pada Rabu.
Katanya, setakat dalam tahun ini sahaja, sebanyak tiga juta pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.
Peningkatan kunjungan itu mungkin disebabkan penghijrahan pesakit, yang sebelum ini, mendapat rawatan di hospital swasta, kerana faktor kos rawatan serta keyakinan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan kerajaan, katanya.
"Kos rawatan yang lebih rendah berbanding di sektor swasta serta mutu perkhidmatan yang bertambah baik menyebabkan ramai memilih untuk menggunakan kemudahan hospital dan klinik kerajaan," katanya.
Dr Hilmi berkata pada tahun ini (Bajet 2016), kementeriannya menerima peruntukan RM23 bilion yang sebahagian besarnya untuk pembayaran gaji manakala RM1.6 bilion bagi tujuan pembangunan yang diagihkan ke seluruh negara.
Memandangkan trend penghijrahan pesakit, katanya, kementerian amat memerlukan peruntukan besar untuk membeli ubat-ubatan serta pemerolehan peralatan hospital yang menelan kos yang sangat tinggi.
Majlis konvokesyen itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan kementerian, Ellam Endin Nom dan Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim. - Bernama
Bernama
Wed Oct 12 2016
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, tahun ini sahaja, sebanyak tiga juta pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.
PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.
PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.
Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.
DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.