Kementerian Kesihatan komited untuk memulakan suntikan pneumococcal kepada semua kanak-kanak tahun depan melalui peruntukan RM60 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
"Kita harus melihat jumlah peruntukan yang diberikan. Kita perlu merumuskan strategi tentang kaedah terbaik untuk memulakan suntikan vaksin itu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Penyelidikan Kolaboratif dalam Kejuruteraan, Sain dan Kluster Penjagaan Kesihatan Teknologi Digital (CREST) di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mewajibkan suntikan vaksin, Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengkaji perkara itu dan akan membuat keputusan muktamad mengenainya.
Beliau berkata visi Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan suntikan dan mencapai 95 peratus kadar vaksinasi.
Sementara itu, mengulas mengenai program vaksin pneumococcal, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat keperluan untuk memberi keutamaan terlebih dahulu dan mengadakan pra-rundingan harga.
"Kita boleh berunding dengan syarikat-sayrikat berkenaan dan memberi keutamaan kepada kumpulan pesakit seperti kumpulan berisiko tinggi sebelum melancarkan Pelan Imunisasi Negara," katanya.
Beliau berkata program itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan bergantung kepada proses rundingan dan pada masa yang sama tidak berkompromio mengenai kualiti.
Penyakit pneumococcal disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai streptococcus pneumoniae, yang boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan yang serius dan sering berlaku di kalangan golongan muda, warga emas dan mereka yang mengalami keadaan perubatan kronik.
Ini termasuk jangkitan paru-paru/inflamasi (radang paru-paru), meningitis (inflamasimembran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).
Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) boleh bermula pada pertengahan tahun depan di hospital dan klinik awam.
Peruntukan RM31 juta diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk projek perintis untuk rekod perubatan elektronik hospital.
"Kami ingin melihat satu sistem yang saling beroperasi," katanya sambil menambah bahawa masa dan usaha manual untuk mengakses maklumat pesakit dapat dikurangkan melalui kecekapan sistem selain mesra alam.
EMR juga membolehkan maklumat pesakit dikongsi dengan cepat dan mudah antara pelbagai pihak dalam sistem penjagaan kesihatan.
"Sebagai contoh, rekod pesakit boleh dikongsi antara klinik dan hospital swasta, dan juga pengamal post-care seperti ahli fisioterapi, sesuatu yang melibatkan proses yang panjang dan rumit sebelum ini," katanya.
Dr Dzulkefly berkata ketepatan EMR dan articial intelligence (AI) boleh memberi kesan secara besar-besaran kepada kecekapan hospital awam di Malaysia, dari penjadualan, konsultasi, diagnosis, dan ubat-ubatan, dan mengurangkan kesesakan di hospital awam.
"Ini seterusnya dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih murah atau boleh diakses, kerana diagnosis dan konsultasi susulan akan dibuat lebih cekap melalui penggunaan AI dan EMR dalam menjangka dan membuat perkiraan mengenai keperluan pesakit secara individu," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019
Visi Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan suntikan dan mencapai 95 peratus kadar vaksinasi. - Gambar hiasan
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.
PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.