Kementerian Kesihatan nafi sokong peniaga pendakap gigi palsu

Azyyati Ahmad
Oktober 8, 2017 10:43 MYT
KKM menafikan sokongan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan perniagaan pendakap gigi palsu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan sokongan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan perniagaan pendakap gigi palsu.
Dalam satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Kanan Aziaan Ariffin berkata pihaknya termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan mana-mana anggota pentadbiran tidak pernah menyokong dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan negara.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah memuat naik status di Instagram bahawa perniagaannya mendapat sokongan pihak kementerian.

pic.twitter.com/7FvihBoo0H

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) October 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Netizen turut mengecam tindakan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Dragon 76’ yang membela peniaga pendakap gigi palsu berkenaan dan mendakwa dia dianiaya oleh golongan doktor.

Banyak banyak case kau boleh tolong orang, kau tolong yang dapat duit dengan aniaya orang. #fakebraces

— NORA (@fthhwhb) October 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kau jgn nak memandai dik. Hangin akk yg kojo kt #KKM ni ha #nara #fakedentist #bogusdentist #fakebraces #naraswaraa #aswaraempire pic.twitter.com/eO5qugHrpP

— StephItuIja (@ijawax) October 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebenarnya bila ramai masy sokong fake braces, maksudnya ramai lg yg xfaham bagaimana braces itu berfungsi. #fakebraces #farahanis #ppim

— Anise adibah (@aniseadibah88) October 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 29 September lalu menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu.
Mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah.
Walau bagaimanapun, Nur Farhanis didakwa telah dibebaskan dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penggiat Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM), yang membaca kes di media dan memutuskan untuk mengutip derma bagi membayar denda tersebut.
#Dr Hilmi Yahaya #Kementerian Kesihatan #Mahkamah Sesyen #Pendakap gigi palsu #PPIM