Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.
"Kami masih lagi menyiasat. Ini satu perkara yang amat serius dan melanggar etika kedoktoran. Doktor dilatih merawat sesiapa sahaja tak kira miskin, kaya, tua muda...memang malang sekali (jika dakwaan ini benar-benar berlaku).
"Saya rasa tak timbul masalah doktor rasis ini. Mungkin berlaku salah faham, mungkin bahasa yang digunakan oleh doktor itu tak betul dan tidak tepat menyebabkan orang yang mendengar anggap sebagai rasis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya' Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) bersama Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Masjid Jamek Al-Ehsan di sini pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Perda Shabudin Yahaya, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Nordin Ahmad dan Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad.
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang meminta Kementerian Kesihatan menyiasat kesahihan dakwaan tiga doktor berbangsa Cina yang didakwa bersikap rasis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan.
Isnin lepas, Lim dalam kenyataan menggesa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.
Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata jika dakwaan itu benar, kementerian akan memanggil ketiga-tiga doktor terlibat dan memberi nasihat kepada mereka.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang awal bulan ini menyaksikan pertikaman lidah antara RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman.
Kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertelagah setelah Rayer mendakwa Roslan cuba mencetuskan isu perkauman apabila mengutarakan mengenai isu tiga doktor berbangsa Cina yang tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan berikutan 'tsunami Cina' pada pilihan raya umum ke-13.
Lim ketika menggulung perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri pada persidangan DUN itu turut meminta pembangkang negeri ini mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.
Bernama
Sat Jul 20 2013
Gambar Arkib
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi
Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka.
Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.
Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika
Kerajaan Pulau Pinang kini menjalankan saringan ketat di semua pintu masuk termasuk antarabangsa termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi
Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.