awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2013
05:20 MYT
Kementerian kesihatan sediakan kemudahan saringan kenal pasti tekanan emosi
Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu kerana menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini berkata saringan tersebut dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara.
"Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," katanya.
Beliau juga menjelaskan satu peratus daripada 28.3 juta rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan.
Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti.
Topic Berkaitan
#dr hilmi yahya
#murung
#penyakit mental
#stress
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan