MALAYSIA
Kementerian Kewangan akan teliti cadangan tangguh e-Invois fasa 5 bagi PMKS
Hui Ying berkata LHDN juga melaksanakan tadbir urus data mengikut piawaian industri, mengehadkan akses kepada individu yang dibenarkan sahaja serta menjalankan Penilaian Postur Keselamatan secara berkala dengan pihak ketiga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan menangguhkan pelaksanaan e-Invois Fasa 5 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpendapatan tahunan RM1 juta dan ke bawah.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat kementerian untuk penelitian lanjut.
"Saya akan membawa cadangan ini ke Kementerian Kewangan dan kami akan meneliti cadangan yang dikemukakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan e-Invois Fasa 5 bagi PMKS.
Katanya berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lebih 85 peratus pembayar cukai sudah mempunyai kesedaran mengenai pelaksanaan e-Invois manakala lebih 90 peratus menyatakan mereka mempunyai pemahaman mencukupi hasil sesi taklimat dan webinar percuma serta berbayar yang dianjurkan LHDN dan pihak luar.
Beliau berkata LHDN juga sentiasa membuka ruang libat urus dengan persatuan perdagangan atau kumpulan peniaga yang memerlukan bantuan bagi memastikan peralihan kepada pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai keselamatan data pengguna dan peniaga, Hui Ying menegaskan LHDN memberi keutamaan yang tinggi terhadap perlindungan data selaras dengan dasar keselamatan ICT kerajaan, garis panduan pengkomputeran awan serta pekeliling keselamatan maklumat yang berkuat kuasa.
Katanya LHDN turut mematuhi piawaian antarabangsa seperti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS) selain melaksanakan enkripsi, pengesahan, kawalan capaian dan firewall untuk menghalang pencerobohan atau pengubahsuaian data.
Hui Ying berkata LHDN juga melaksanakan tadbir urus data mengikut piawaian industri, mengehadkan akses kepada individu yang dibenarkan sahaja serta menjalankan Penilaian Postur Keselamatan secara berkala dengan pihak ketiga.
Selain itu, katanya LHDN bekerjasama rapat dengan Agensi Keselamatan Siber Negara dan Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan perlindungan sistem e-Invois berada pada tahap tertinggi termasuk penambahbaikan berterusan berdasarkan pemantauan dan audit berkala.
-- BERNAMA