awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
13/11/2024
14:40 MYT
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
Selaras dengan persetujuan pemindahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah pada 3 Jan, 2024, beliau berkata kerajaan komited menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion selama tujuh tahun sehingga 2030, pasca penyerahan kuasa kawal selia.
"Sehingga September 2024, kerajaan telah selesai menyalurkan sebanyak RM449.4 juta subsidi elektrik (daripada jumlah peruntukan keseluruhan tahun 2024 sebanyak RM507 juta) berdasarkan tuntutan yang telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah kepada Sabah Electricity.
"Baki peruntukan sekitar RM57.6 juta akan disalurkan sebaik tuntutan dikemukakan dan dijangka baki ini akan disalurkan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.
Amir Hamzah berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta subsidi elektrik bagi 2025 meningkat RM193 juta daripada peruntukan RM507 juta bagi 2024.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM34 bilion untuk menampung subsidi dan bantuan tunai bagi 2025.
Katanya, peruntukan tersebut adalah untuk menampung terutamanya subsidi produk petroleum sebanyak RM23 bilion dan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sejumlah RM10 bilion.
"Walaupun, peruntukan asal tahun 2024 hanya RM35.8 bilion tetapi disebabkan pergerakan harga petroleum dan pelaksanaan penyasaran subsidi yang hanya bermula pada Jun 2024, perbelanjaan sebenar butiran subsidi dan bantuan tunai akan mencecah RM46 bilion.
"Dengan itu, peruntukan tahun 2025 sebanyak RM34 bilion merupakan pengurangan RM12 bilion terutamanya merujuk kepada penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel dan petrol," tambah beliau.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#pemohonan bayar balik ICPT
#Sabah Electricity
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan