awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2024
11:15 MYT
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Najib menghadapi pertuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan, yang memberikan kelulusan kepada permohonan 1MDB untuk membuat pinjaman baharu berkaitan pengambilalihan Tanjong Energy dan Genting Sanyen.
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin ketika disoal peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin pada sesi pemeriksaan balas, bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa Najib menandatangani surat berkenaan atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan selaras seksyen 6, Akta Jaminan Pertubuhan Perbadanan 1965.
Saksi turut bersetuju dengan cadangan bahawa Najib menandatangani Special Right Redeemable Preference Shareholder Resolution dan Minutes By Representatives bertarikh 9 Feb 2012 dan 10 Ogos 2012 atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan selaras dengan seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 dan artikel 6(3) Memorandum & Article 1MDB.
Kedua-dua dokumen ini adalah kelulusan Najib untuk 1MDB mengambil alih kedua-dua entitit tersebut dan juga meluluskan pembiayaan pengambilalihan tersebut yang merangkumi pinjaman bank tempatan dan terbitan bon.
Nur Aida berkata demikian selaku saksi pendakwaan ke-49, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Tanjong Energy
#Genting Sanyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan