awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian nafi masalah bekalan air di Selangor perbuatan sabotaj

Bernama
Bernama
11/03/2018
13:20 MYT
Kementerian nafi masalah bekalan air di Selangor perbuatan sabotaj
Penduduk kawasan Setiawangsa beratur bagi menunggu giliran menadah air yang dihantar oleh lori tangki Air Selangor akibat gangguan bekalan air ketika tinjauan di sekitar ibu kota pada 8 Mac lalu. - BERNAMA
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini menafikan dakwaan bahawa punca masalah bekalan air di Selangor adalah disebabkan tindakan sabotaj penutupan paip utama seperti mana yang dilaporkan oleh Edisi Kantoi.
Ketua Setiusaha KeTTHA, Datuk Seri Zaini Ujang berkata laporan yang sama telah disiarkan pada 2013 dan 2014 dan kini diulang siar sekali lagi bagi menyalahkan kerajaan persekutuan.
"Ia sebenarnya adalah satu percubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan kerajaan Selangor dalam pengurusan air," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menjelaskan jumlah gangguan bekalan air adalah petunjuk utama untuk mengukur tahap kecekapan perkhidmatan bekalan air.
"Selangor mencatatkan jumlah gangguan tertinggi iaitu 259,537 gangguan pada 2016, berbanding Pulau Pinang (3,778) dan Melaka (2,267)," katanya.
Beliau berkata mengikut kapasiti reka bentuk, resab margin simpanan air di Selangor pada 2017 adalah kosong peratus.
"Faktor ini dikenal pasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor. Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau kenaikan permintaan mendadak seperti di musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di Selangor mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi," katanya.
Zaini berkata jalan penyelesaian kepada masalah tersebut termasuklah menambah bekalan air terawat menerusi pembinaan loji rawatan air baru, mengurangkan kadar air hilang (non-revenue water) dan menjimatkan penggunaan air. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bekalan air
#catuan air
#Edisi Kantoi
#Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air
#KeTTHA
#krisis air Selangor
#Zaini Ujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan