awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan Tinggi tetap tidak iktiraf UEC - Mary Yap

Bernama
Bernama
07/11/2015
10:24 MYT
Kementerian Pendidikan Tinggi tetap tidak iktiraf UEC - Mary Yap
Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam.
Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kementerian itu sedia menimbang kedudukan UEC jika kurikulumnya memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ketika menjelaskan pendirian kementerian itu untuk terus tidak mengiktiraf UEC, beliau berkata UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Selain standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan standard dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), liputan kurikulum sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga tidak mencukupi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata syarat umum bagi kemasukan ke sesebuah universiti awam ialah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu. Menurut beliau, kementerian itu menyedari tentang wujudnya saranan daripada pelbagai pihak agar UEC diiktiraf sebagai kelayakan sah untuk kemasukan ke universiti awam.
Pada September, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Sarawak akan mengiktiraf UEC dan pemegang sijil itu boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam negeri berkenaan.
Pemegang UEC juga layak mendapat pinjaman kerajaan negeri untuk melanjutkan pengajian, katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Mary Yap Kain Ching
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan