awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pembinaan eskalator di Batu Caves selesai menjelang Julai - Pengerusi kuil
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pengangkutan akan naik taraf Unit Logistik

Bernama
Bernama
06/05/2023
02:20 MYT
Kementerian Pengangkutan akan naik taraf Unit Logistik
Loke dan Presiden SFFLA Datuk Tony Chia (tengah) bergambar ketika hadir ke Majlis Makan Malam SFFLA 2023 di sebuah hotel di Klang semalam. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menaik taraf Unit Logistik di bawah Bahagian Dasar, kepada Bahagian Logistik bagi memudahkan penyelesaian isu dalam sektor berkenaan secara berkesan.
Menterinya Anthony Loke berkata dengan adanya bahagian baharu itu, beliau berharap ia akan mewujudkan sistem logistik efektif bagi menyokong perkembangan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara dagang.
Namun jelasnya, pewujudan bahagian itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kerana ia akan melibatkan perjawatan baharu.
"Setakat ini, Ketua Setiausaha Kementerian telah mengangkat cadangan itu kepada KPPA (baru-baru ini) dan kita mendapat makluman positif daripada beliau.
"Selepas ini, kertas pertimbangan akan diangkat untuk pertimbangan daripada pihak mereka (KPPA)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran dan Logistik Selangor (SFFLA), malam tadi.
Loke berkata logistik merupakan satu sektor yang besar merangkumi pelbagai bidang termasuklah penghantaran dan kenderaan berat.
"Jadi dengan adanya bahagian ini, maka semua isu (berbangkit) dapat diangkat melalui penggubalan dasar yang lebih komprehensif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#sistem logistik efektif
#Malaysia sebagai negara dagang
#Unit Logistik Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan