awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas

Bernama
Bernama
15/07/2024
15:10 MYT
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Loke ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya Bilangan 2 Tahun 2024 di Kuala Lumpur Command Control Centre hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Menteri berkenaan Anthony Loke berkata banyak perhentian bas di bandar raya ini kekurangan infrastruktur, malah ada yang mempunyai satu tiang sahaja.
"Justeru, kami bercadang untuk menaik taraf perhentian bas ini kepada kemudahan yang lebih baik dan telah memohon lokasi untuk tujuan ini serta berhasrat menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLC3) di sini hari ini.
Loke berkata Kementerian Pengangkutan menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk bekerjasama dengan sektor swasta, dengan menawarkan insentif hak pengiklanan di perhentian bas kepada syarikat yang ingin menaja kemudahan itu.
"Sebaik sahaja kita memiliki perhentian dan stesen bas yang sempurna, penggunaan bas sudah pasti akan meningkat.
LOKE-KEMUDAHAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Selain itu, kita juga meningkatkan bilangan bas dan merancang untuk mengguna pakai kenderaan elektrik (EV) pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Loke berkata kerajaan Malaysia tetap teguh dan komited untuk meneruskan tindakan undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17.
"Ya, memang dari segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya.
Pada 17 Julai ini, menandakan ulang tahun ke-10 nahas MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#MH17
#pbt
#perhentian bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan