[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Kementerian Pengangkutan laksana tindakan penguatkuasaan lebih terancang tangani isu pemandu bas

Faida Rahim 21/07/2025 | 02:40 MYT
Fahmi berkata tindakan penguatkuasaan menyeluruh akan digerakkan dalam masa terdekat bagi memastikan tindakan awal melibatkan isu pemandu bas dapat diambil. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengusahakan tindakan penguatkuasaan yang lebih terancang termasuk meneliti aspek keselamatan pemandu bas di negara ini.


Ringkasan AI
  • Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih terancang dan menyeluruh bagi menangani isu keselamatan melibatkan pemandu bas.
  • Langkah ini dibuat susulan kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar UPSI dan peningkatan jumlah saman tertunggak pengendali kenderaan awam.
  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan kerajaan akan mengambil tindakan awal terhadap sebarang isu demi memastikan sistem pengangkutan awam yang selamat dan berkesan.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan penguatkuasaan menyeluruh akan digerakkan dalam masa terdekat bagi memastikan tindakan awal melibatkan isu pemandu bas dapat diambil.

Tambah Fahmi, antara perkara disusuli Kementerian Pengangkutan termasuklah meneliti aspek keselamatan pemandu bas.

"Mengenai laporan awal isu kemalangan jalan raya melibatkan pelajar pelajar dari UPSI, pada hari Jumaat lalu, jemaah menteri telah membincangkan hasil daripada laporan awal yang telah dibawa oleh Menteri Pengangkutan.

"Antara perkara yang akan disusuli oleh Kementerian Pengangkutan termasuklah tindakan penguatkuasaan bukan hanya terhadap mereka yang bertanggungjawab tetapi juga secara umumnya ,meneliti aspek keselamatan bagi pemandu pemandu bas," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Pusat Media Parlimen Malaysia pada Isnin.

Jelas Fahmi lagi, susulan jumlah saman tertunggak melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk pengendali bas, Kementerian Pengangkutan juga akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan menyeluruh demi memastikan sistem pengangkutan awam negara lancar.

"Jadi menteri pengangkutan insya-Allah dalam masa terdekat akan mengusahakan tindakan penguatkuasaan yang lebih terancang, tersusun dan menyeluruh Untuk pastikan juga pemandu bas yang sekiranya ada apa apa isu maka dapat diambil tindakan awal," katanya.






#Kerajaan Perpaduan #Fahmi Fadzil #UPSI #tindakan penguatkuasaan