awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan Negara cadang 14 Ogos Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2024
05:55 MYT
Kementerian Perpaduan Negara cadang 14 Ogos Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional
Aaron berkata KPN juga akan mempertimbangkan mengadakan Festival Kaligrafi Uniti yang melibatkan tulisan Jawi, Cina dan Tamil bagi memupuk kepelbagaian dalam masyarakat.
PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencadangkan sambutan Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional diadakan pada 14 Ogos setiap tahun bersempena Hari Kaligrafi Sedunia.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sambutan berkenaan boleh diadakan di seluruh negara bagi memberi peluang rakyat menghayati seni kaligrafi tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
"Sudah tiba masanya seni kaligrafi didukung sebagai 'unity builder' (memupuk perpaduan) bagi mengeratkan hubungan silaturahim, kebersamaan dan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini selepas perasmian Konvensyen Kaligrafi Huichun Nasional Kali Pertama 2024.
Aaron menyifatkan kesenian itu sebagai komitmen KPN dalam mempromosikan warisan budaya negara melalui inisiatif 'Ini Warisan Kita'.
Aaron menyifatkan kesenian itu sebagai komitmen KPN dalam mempromosikan warisan budaya negara melalui inisiatif 'Ini Warisan Kita'.
Beliau berkata selain itu, KPN juga akan mempertimbangkan mengadakan Festival Kaligrafi Uniti yang melibatkan tulisan Jawi, Cina dan Tamil bagi memupuk kepelbagaian dalam masyarakat.
"Semoga program seumpama ini menjadi mercu tanda kejayaan dalam usaha memelihara dan memartabatkan kaligrafi Huichun sebagai satu lagi warisan berharga negara," katanya.
Mengenai penganjuran konvensyen berkenaan, Aaron menyifatkan kesenian itu sebagai komitmen KPN dalam mempromosikan warisan budaya negara melalui inisiatif 'Ini Warisan Kita'.
"Seni kaligrafi Huichun memegang peranan penting sebagai medium yang mencerminkan kepelbagaian budaya unik di Malaysia dan ia bukan sekadar seni tulisan visual tetapi ekspresi seni yang menggambarkan sejarah kepelbagaian dan keindahan Malaysia," katanya.
Sepanjang 2023, pelbagai aktiviti dilaksanakan di bawah inisiatif 'Ini Warisan Kita', antaranya pameran etnik minoriti, program bersama masyarakat Ceti dan Siam, debat perpaduan, bicara bahasa kolokial, Foodunites dan pengajaran bahasa Siam.
Beliau berharap semangat inisiatif 'Ini Warisan Kita' akan menjadi keutamaan dalam membentuk perpaduan dan merayakan kepelbagaian sekali gus mencapai visi Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian.
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#kementerian perpaduan negara
#Hari Kaligrafi Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan