awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga

Bernama
Bernama
05/11/2023
20:00 MYT
Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Aaron berkata, langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa. - Gambar fail
BANGI: Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil langkah untuk membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.
Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata satu bengkel pindaan akta itu telah dilaksana dan pelbagai cadangan pindaan dibincang merangkumi pemanjangan tempoh pelantikan ahli jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) daripada dua tahun kepada tiga tahun bagi satu penggal.
Beliau berkata ia turut melibatkan cadangan penggantungan keahlian Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan implikasi kepada pihak yang menghalang tugas SRS.
Aaron berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertema 'Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Masyarakat Progresif' di sini pada Ahad.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata pihaknya sedang memuktamad kerangka bagi memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai penggerak masyarakat progresif.
"Kementerian memberi fokus kepada lapan inisiatif bagi memastikan RT berfungsi sebagai entiti penting dan inklusif serta berupaya membangunkan masyarakat mampan dan progresif iaitu keselamatan komuniti, pendidikan sepanjang hayat, ekonomi dan sara hidup, daya cipta, alam sekitar, kepimpinan, kesejahteraan hidup serta warisan dan budaya," katanya.
Belanjawan 2024 memperuntuk RM20 juta bagi memperkasakan peranan KRT sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat serta memupuk perpaduan dalam komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semakan akta
#akta rukun tetangga
#kementerian perpaduan negara
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan