awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan Negara sedia beri kerjasama - Saraswathy

Bernama
Bernama
25/07/2024
02:50 MYT
Kementerian Perpaduan Negara sedia beri kerjasama - Saraswathy
Saraswathy (tiga, kiri) ketika menyampaikan anugerah pada Majlis Makan Malam Kebudayaan sempena Perasmian Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 di Kampus Azlan Shah UPSI malam tadi. --fotoBERNAMA
TANJUNG MALIM: Kementerian Perpaduan Negara sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya dirujuk bagi membantu, andainya terdapat keperluan untuk menggubal akta khusus berhubung isu kaum, agama dan raja (3R) di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pihaknya terbuka bagi berkongsi segala maklumat atau data melibatkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum.
"Kita sedia beri pandangan dan ulasan khususnya mengenai maklumat-maklumat atau data-data berhubung isu 3R ini jika diminta," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 (ICRC 2024) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Pada 4 Mei lepas Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis mencadangkan individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan itu amat serius dan boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat.
Sementara itu Saraswathy berkata lazimnya isu 3R ini kerap ditimbulkan dan menjadi topik perbualan rakyat pelbagai lapisan apabila tiba musim pilihan raya.
"Sentimen 3R ini sifatnya bermusim, namun melalui rekod yang kita ada, apabila tiba pilihan raya ia akan meningkat sedikit dan selepas tamat (pilihan raya) kembali menurun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#K Saraswathy
#isu 3R
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan