Kementerian Perpaduan Negara akan memastikan Kelab Rukun Negara diwujudkan di setiap sekolah di negara ini dalam usaha menerapkan lima prinsip Rukun Negara dalam diri pelajar.
Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata beliau juga akan memastikan usaha itu turut dilakukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerusi penubuhan Sekretariat Rukun Negara yang diperkenalkan pada 2008.
Katanya setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
"Kementerian ketika ini menggerakkan usaha agar Kelab Rukun Negara ditubuhkan di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan. Begitu juga Sekretariat Rukun Negara diwujudkan di semua IPTA dan IPTS.
"Ini kita lakukan bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi serta kerjasama rakan strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada pemberita selepas Program Penghayatan Rukun Negara dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 Peringkat Negeri Johor 2020, di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Halimah berkata Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara digerakkan sendiri oleh pelajar sebagai satu tanggungjawab bersama dalam menerapkan prinsip rukun negara itu.
Sementara itu, Halimah berkata pihaknya menerima lebih 8,000 penyertaan dalam sesi maklum balas rakyat berhubung draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang diadakan di Perlis, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perak, Melaka, Terengganu sejak 22 Ogos lepas.
Sesi serupa diadakan di Johor hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

Hasni (lima, kiri) dan Halimah bergambar bersama penerima ikrar Rukun Negara daripada wakil-wakil jabatan, agensi, NGO, persatuan kaum, badan agama dan swasta. - Bernama

PdPR: Tiga beradik daki bukit 20 minit untuk akses internet
Kegigihan tiga beradik semata-mata untuk menimba ilmu.

Kesan ekon. COVID-19 | Rakyat termiskin perlu 10 tahun untuk pulih - Oxfam
1,000 individu paling kaya di dunia berjaya mengatasi kerugian akibat COVID-19 dalam masa hanya sembilan bulan. Namun bagi golongan termiskin dunia, lebih dari satu dekad diperlukan untuk memulihkan kerugian yang mereka hadapi akibat COVID-19. Laporan itu dikeluarkan Oxfam International pada isnin bertajuk 'The Inequality Virus' yang diterbitkan pada hari pembukaan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 'Davos Dialogues'.

COVID-19 | Australia lulus vaksin Pfizer
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan pentadbiran barangan rawatan terapi negara itu telah luluskan penggunaan vaksin Pfizer. Program vaksinasi dijangka bermula Februari ini.

Caretaker Government | Sekarang bukan masa sesuai tukar kerajaan
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan ‘caretaker government’ kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

COVID-19: Presiden Mexico positif COVID-19
Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador disahkan positif COVID-19 pada Isnin.

Serangan tembakan: Wanita hamil antara lima yang terbunuh
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Lelaki positif COVID-19 cedera terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun yang positif COVID-19 bertindak nekad apabila terjun dari tingkat 12 sebuah flat di Bandar Baru Sentul.

Bantu pelajar B40, Inisiatif CERDIK dilancar Februari ini
Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 akan mula dilancarkan Februari ini.

Anwar akan failkan afidavit bantah keputusan gantung Parlimen
Menurutnya, ada hujah dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Parlimen tetap bersidang walaupun dalam tempoh darurat.

SOP sijil halal luar negara: Kerajaan dapatkan pandangan pihak berkepentingan
Kerajaan akan mendapatkan ulasan dan pandangan pihak berkepentingan termasuk pemain industri dan kedutaan asing untuk menambah baik prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.

Sarawak contoh perpaduan kaum dan agama - Halimah Sadique
Sarawak adalah negeri yang boleh dijadikan contoh atau modul mengenai kepelbagaian, toleransi dan perpaduan antara kaum serta agama di negara ini.

Skim Rondaan Sukarela pastikan zon hijau, kuning kekal selamat dari COVID-19
Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Kawasan Rukun Tentagga (KRT) adalah bertujuan untuk memperkasakan masyarakat setempat bagi memastikan zon hijau dan zon kuning terus kekal selamat.

PKPB: Pembukaan semula rumah ibadat masih dalam perbincangan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique sudah membentangkan perkara berhbung pembukaan semula rumah ibadat.

Undang-undang baru dirangka bangunkan semula PPR - Halimah
Kerajaan sedang merancang untuk mewujudkan satu perundangan baharu bagi membangunkan semula Projek-Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang lama.

Kerajaan cadang selaras kuota dan harga rumah mampu milik di seluruh negara
Kementerian berkaitan sedang menyediakan kertas kerja tersebut dan akan membentangkan perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara.

11,840 anggota, pegawai bomba dibeku cuti sempena Aidilfitri
Pembekuan cuti sejumlah besar kakitangannya adalah perkara biasa dilakukan setiap musim perayaan supaya anggota dan pegawai bomba bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan.

396,000kg sisa kitar semula berjaya dikutip sejak September
Sejak pelaksanaan program pengasingan sisa di punca yang dikuatkuasakan secara mandatori sejak 1 September lalu, sebanyak 396,000 kg sisa kutipan sisa kitar semula telah berjaya dikutip.

Halimah: Anggota UMNO berhak nilai prestasi pemimpin
Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing