MALAYSIA
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Aaron beramah mesra pemimpin KRT selepas menyampaikan Mock Cheque Program Satelit Komuniti Rakyat Madani Tahun 2026 di NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Manjoi pada Sabtu. - Gambar Bernama
IPOH: Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan sebanyak RM600,000 kepada 120 kawasan rukun tetangga (KRT) dalam usaha memperkukuhkan aktiviti di bawah Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI di seluruh negara tahun ini.
Ringkasan AI
Menteri berkenaan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, KRT merupakan nadi perpaduan di peringkat setempat dan dengan sokongan kerajaan serta kerjasama semua pihak, komuniti mampu menjadi agen perubahan dalam membina masyarakat yang harmoni, inklusif dan sejahtera.
"Selain itu, bagi tahun 2026, program ini akan dilaksanakan di 15 lokasi luar tapak Program MADANI Rakyat (PMR), meningkat berbanding 10 lokasi pada tahun 2025, termasuk tiga lokasi khas bagi Program Satelit Komuniti Khas iaitu Kenduri Rakyat MADANI yang dianjurkan oleh setiap agensi.
"Kementerian yakin program ini tepat pada masanya kerana selari dengan program teras Komuniti MADANI, salah satu kluster utama Kementerian Perpaduan Negara bagi tahun 2026, yang bertujuan memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan dalam masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan cek cura Peruntukan Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI Tahun 2026 (Kluster Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional) Peringkat Negeri Perak di Pusat Nadi Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di sini, pada Sabtu.
Penyerahan cek cura pada Sabtu juga merupakan sumbangan khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada komuniti sebagai simbol keprihatinan dan komitmen kepimpinan negara untuk memastikan manfaat pembangunan dan inisiatif kerajaan terus sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Selain itu, Aaron berkata, sebanyak 301 KRT telah berjaya dijadikan KRT Progresif berbanding 152 pada tahun 2024 melalui peruntukan sebanyak RM16 juta pada tahun 2025. Dalam tempoh sama, sebanyak 529 produk ekonomi KRT berjaya dipasarkan, merangkumi produk pertanian, makanan, bukan makanan, pelancongan dan kraftangan.
"Peruntukan bagi KRT Progresif adalah pelbagai, ada yang sehingga RM100,000. Setakat ini, terdapat lebih 8,000 KRT, jadi bukan semua dapat dibantu. Mekanisme pemberian tambahan akan diperhalusi kerana beberapa masalah wujud, termasuk sesebuah kampung menerima banyak bantuan daripada kementerian atau agensi lain," katanya.
Beliau menambah, kejayaan KRT Progresif terbukti apabila terdapat KRT yang memperoleh keuntungan melalui program yang dijalankan, termasuk projek penanaman cili di Hulu Selangor dengan nilai RM600,000.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara peruntukkan RM600,000 kepada 120 KRT untuk Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI tahun ini, memperkukuhkan peranan agen perubahan dalam membina masyarakat harmoni dan sejahtera.
- Program MADANI Rakyat 2026 akan dilaksanakan di 15 lokasi luar tapak PMR, termasuk tiga lokasi khas Kenduri Rakyat MADANI, seiring dengan matlamat memperkukuh semangat kejiranan dan kebersamaan dalam masyarakat.
- 301 KRT berjaya dinaiktaraf menjadi KRT Progresif dengan bantuan RM16 juta pada 2025, manakala 529 produk ekonomi KRT berjaya dipasarkan, termasuk projek penanaman cili di Hulu Selangor bernilai RM600,000.