Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan isu 'land swap' atau pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.
Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM di sini, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu 'land swap' membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.
Mohd Nasaie yang ditemui media di ibu pejabat SPRM untuk membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.
"Dipercayai terdapat campur tangan politik, kecuaian urus tadbir dan beberapa kesilapan dalam pelaksanaan projek dalam kedua-dua projek itu yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan mengancam kepentingan pertahanan negara," katanya.
Menurutnya, pembinaan Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-11 tetapi arahan telah dikeluarkan untuk membina kedua-dua kem tersebut dipercayai atas faktor-faktor politik.
Mohd Nasaie berkata Kementerian Pertahanan pada asalnya merancang untuk membina Kem 1 Briged di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai salah satu gantian kepada tapak Kem Kinrara secara 'land swap' namun dibatalkan dan digantikan dengan pembinaan Kem Paloh dalam Parlimen Sembrong, Johor.
Beliau mendakwa terdapat bukti arahan politik dan penglibatan secara langsung pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memindah dan menambah pengundi tentera dan keluarga mereka di kedua-dua kem yang melibatkan Parlimen Sembrong dan Parlimen Bagan Datuk, Perak.
Mohd Nasaie berkata terdapat juga keraguan dalam penilaian tanah tapak Kem Kinrara yang ditetapkan kerajaan ketika itu iaitu berjumlah RM500 juta, sedangkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pula RM758 juta.
"Penilaian oleh pihak JPPH dan penetapan harga oleh pihak kerajaan tersebut berlaku di waktu yang sama iaitu pada Mei 2015. Oleh itu, tidak timbul perbezaan harga tersebut disebabkan oleh perubahan masa yang menyebabkan nilainya lebih tinggi," katanya.
Beliau juga mendakwa terdapat arahan supaya tanah untuk pembinaan Kem Paloh dibeli pada harga 43 peratus lebih tinggi daripada nilai semasa iaitu RM10.47 juta bagi 62 ekar (25 hektar) walaupun JPPH meletakkan penilaian harga hanya RM7.28 juta.
Menurutnya, kedua-dua projek itu juga telah diarahkan untuk dimulakan pembinaannya dalam keadaan kontrak antara kerajaan dan pihak syarikat belum dimuktamadkan selain dijalankan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.
Mohd Nasaie berkata pelaksanaan kedua-dua projek itu menyebabkan kepentingan dan keselamatan anggota serta matlamat untuk memperkukuh ketenteraan terabai.
Pembinaan Kem Briged 1 di Port Dickson, katanya, lebih diperlukan memandangkan kem sedia ada di Rasah sangat usang.
Beliau mendakwa anggota tentera yang dipindahkan ke Kem Hutan Melintang dalam keadaan kem tersebut belum memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Mohd Nasaie berharap SPRM dapat menyiasat pihak yang terlibat secara langsung dalam memutuskan dan melaksanakan dua projek berkenaan.
Bernama
Thu Feb 21 2019
Laporan dibuat di SPRM berhubung isu 'land swap'. - Gambar fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Kementerian Pertahanan buat laporan SPRM isu 'land swap' Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang
Satu laporan dibuat kepada SPRM berkenaan isu 'land swap' atau pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.
Tiada pengiraan undi awal dibuat pada 5 Mei di Parlimen Bagan Datuk
SPR menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu kononnya telah berlaku proses pengiraan undi awal di Bahagian Pilihan Raya Parlimen Bagan Datuk, Perak selepas waktu pengundian awal pada Sabtu.