MALAYSIA
Kementerian Pertahanan, KPT kerjasama lebih rapat pastikan silibus PALAPES kekal relevan
Adly merangkap Timbalan Menteri Pertahanan berucap merasmikan Majlis Konvensyen AMANAH Negeri Selangor Tahun 2025 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan lebih rapat, bagi memastikan kajian semula silibus dan latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), kekal relevan dengan keperluan semasa.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kajian semula yang akan dijalankan, perlu menitikberatkan soal pembentukan jati diri pelajar dan juga persediaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian anggota pertahanan negara.
"Palapes ini antara sumber anggota pertahanan atau pegawai kita di peringkat Kementerian Pertahanan ...kita memang sentiasa berbincang dari segi pelaksanaan program-program Palapes ini, cuma bila ada isu-isu berbangkit seumpamanya kita akan cuba tambah baik.
"... dan kita juga akan lihat beberapa peraturan untuk memastikan faktor paling penting bagi kita ialah keselamatan kerana kita tahu dalam latihan ketenteraan ini banyak aspek-aspek fizikal digunakan jadi kita akan lihat beberapa faktor termasuk kesihatan dan seumpamanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.
Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata kementeriannya akan menambah baik kurikulum dan pengisian latihan, bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa PALAPES ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mohamed Khaled berkata usaha itu bagi menarik penyertaan mahasiswa ketika di universiti yang memberi manfaat serta tidak berakhir tanpa kesinambungan selepas tamat pengajian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kedua-dua kementerian akan bekerjasama rapat untuk mengkaji semula silibus dan latihan PALAPES agar kekal relevan dengan keperluan semasa.
- Kajian semula akan menitikberatkan pembentukan jati diri pelajar, persediaan sebagai anggota pertahanan, serta aspek keselamatan dan kesihatan dalam latihan fizikal.
- Kurikulum PALAPES akan ditambah baik bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa dan memastikan kesinambungan selepas tamat pengajian.