awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan lakukan siasatan dalaman kematian anggota tentera di Hutan Simpan Belum

Bernama
Bernama
14/04/2023
08:31 MYT
Kementerian Pertahanan lakukan siasatan dalaman kematian anggota tentera di Hutan Simpan Belum
Mayat Mohammad Nasri dijumpai pada Rabu oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangannya di pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas. - Fail
LUMUT: Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dalaman secara terperinci insiden kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Rabu lepas.
Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata kementerian akan memaklumkan hasil siasatan kematian Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang itu, kepada umum.
"Kita akan buat siasatan di peringkat dalaman kerana saya yakin ahli keluarga (anggota tentera tersebut) mahu tahu kenapa perkara itu berlaku.
Kita akan maklumkan secepat mungkin selepas siasatan selesai supaya kalau ada kelemahan (semasa latihan atau operasi) kita akan cuba tambah baik," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas Dua Md Nawawi Md Kassim, 67, yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya tahun lepas.
Jenazah koperal Mohammad Nasri selamat dikebumikan
Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan hasil bedah siasat dilakukan Hospital Permaisuri Bainun mendapati kematian Mohammad Nasri berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.
Mayatnya dijumpai pada Rabu oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangannya di pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas semasa operasi penugasan di kawasan itu.
Jenazah Mohammad Nasri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di Pulau Pinang, petang semalam.
Allahyarham meninggalkan isteri Nurhayatul Husna Abdul Muttalib, 30, serta sepasang anak Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota tentera maut
#Hutan Simpan Belum
#Kementerian Pertahanan
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan