MALAYSIA
Kementerian Pertahanan syor tubuh Majlis Maritim Negara
Mohamed Khaled berkata langkah berkenaan penting bagi membolehkan pendekatan WOGOS dapat dilaksanakan secara bersepadu dalam mendepani cabaran maritim yang semakin kompleks. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengesyorkan penubuhan Majlis Maritim Negara bagi menyelaras dan melaksanakan strategi maritim secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Ringkasan AI
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah berkenaan penting bagi membolehkan pendekatan whole-of-government and whole-of-society (WOGOS) dapat dilaksanakan secara bersepadu dalam mendepani cabaran maritim yang semakin kompleks.
Beliau berkata walaupun tadbir urus maritim negara ketika ini mempunyai jurang, namun ia bukanlah satu tanda kelemahan sebaliknya ia bermakna negara berani mengakui keadaan sebenar untuk diambil iktibar bagi melakukan perubahan.
"Keselamatan ruang laut kita bukannya amanah eksklusif satu kementerian atau satu agensi sahaja. Maka, kita memerlukan pendekatan WOGOS yang menyeluruh dan melibatkan semua pihak berkepentingan, baik dalam kerajaan, sektor industri mahupun masyarakat umum," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama majlis Persidangan Meja Bulat dan Pelancaran Kertas Dasar: Masa Depan Keselamatan Maritim Malaysia, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata dalam era yang kian mencabar ini, strategi pertahanan maritim negara perlu disepadukan merentasi pelbagai sektor termasuk perikanan, perdagangan, tenaga, pendidikan, teknologi dan komuniti pesisir pantai.
Beliau berkata ancaman keselamatan kini tidak lagi bersifat satu dimensi seperti lanun, penyeludupan dan pencerobohan semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi medan pertempuran baharu yang turut melibatkan aspek digital dan ekonomi.
"Contohnya, serangan siber berpotensi melumpuhkan operasi pelabuhan negara, manakala gangguan digital boleh menjejaskan laluan kapal, selain ancaman perisikan dan pengintipan asing yang mampu menggugat kegiatan di pelantar minyak dan gas negara.
"Perhatikan bagaimana ribuan flotila perikanan digunakan oleh sesetengah negara untuk menormalisasikan aktiviti mereka di Laut China Selatan. Tindakan ini bertujuan menegaskan kedudukan mereka sebagai pemilik de facto kawasan tersebut dalam realiti sebenar," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata Malaysia tidak akan mencetuskan ketegangan dengan mana-mana pihak semata-mata untuk menunjukkan kekuatan, mahupun terlibat dalam permainan zero-sum, namun sikap pragmatik itu tidak harus disalah tafsir sebagai kelemahan atau pasif terhadap sebarang ancaman.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Pertahanan mencadangkan penubuhan Majlis Maritim Negara bagi menyelaras strategi maritim secara sistematik dan berimpak tinggi melalui pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan, industri dan masyarakat.
- Menteri Mohamed Khaled Nordin menekankan keperluan strategi pertahanan maritim yang merentas sektor seperti perikanan, perdagangan, tenaga dan teknologi, memandangkan ancaman kini turut melibatkan aspek digital, ekonomi dan perisikan asing.
- Malaysia kekal pragmatik dalam menangani isu maritim tanpa mencetuskan ketegangan, namun sikap itu tidak harus disalah tafsir sebagai kelemahan, sebaliknya berasaskan prinsip kestabilan dan kepercayaan terhadap sistem pertahanan negara.